TY - THES TY - BOOK T1 - Penentuan kandungan kelembapan kritikal untuk percambahan biji benih sayur-sayuran terpilih A1 - Azlini Zuraida Endut. LA - Malay UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/210848 AB - Satu eksperimen telah dijalankan di Makmal Teknologi Biji Benih, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia untuk menentukan kandungan kelembapan kritikal untuk percambahan biji benih terpilih iaitu kacang panjang, timun, labu, bendi dan sawi. Selain itu, perbandingan kaedah penentuan kandungan kelembapan di dalam biji benih telah dilakukan. Hasil dari eksperimen yang dijalankan menunjukkan kandungan kelembapan kritikal untuk percambahan kesemua biji benih yang digunakan adalah berbeza bagi setiap spesies. Kandungan kelembapan kritikal bagi biji benih labu ialah pada 10%, biji benihtimun pada 10%, biji benih kacang panjang pada 14%, biji benih bendi pada 14% dan biji benih sawi pada 14%. Untuk melengkapkan proses percambahan kandungan air melebihi tahap kritikal biasanya diperlukan. Dalam perbandingan kaedah penentuan kandungan air di dalam biji benih, tiga kaedah telah digunakan iaitu kaedah ketuhar pada suhu rendah iaitu 105 degreeC selama 16 jam dan suhu tinggi pada 130 degreeC selama 1 jam dan kaedah menggunakan mikrowave. Keputusan ujian menunjukkan tidak jauh beza antara ketiga-tiga kaedah pengeringan yang diuji. Namun begitu. penggunaan ketuhar pada suhu 130 degreeC selama 1 jam adalah lebih praktikal dan mudah digunakan. CN - FP 2005 121 ER -