TY - THES TY - BOOK T1 - Sistem peperiksaan bersepadu secara teragih A1 - Anis Maliza Che Mat. LA - Malay UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/273240 AB - Sistem Peperiksaan Bersepadu Secara Teragih (SPBST) adalah sebuah sistem terbuka dan teragih yang dibangunkan dengan tujuan memberi kemudahan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menjana keputusan peperiksaan PMR dan SPM serta mengagih maklumat keputusan tersebut ke sekolah-sekolah yang berdaftar dengannya secara elektronik dengan cepat, berkesan dan sistematik. Sekolah-sekolah yang berdaftar pula dapat mencapai dan menyimpan maklumat yang dihantar tersebut beserta maklumat keputusan peperiksaan yang dijalankan di sekolah masing-masing ke dalam pangkalan data sekolah dengan lebih bersistematik. Pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan PMR dan SPM pula dapat menyemak keputusan peperiksaan mereka di sekolah dengan menggunakan terminal-terminal yang disediakan di sekolah-sekolah tersebut. Pengagihan maklumat secara elektronik dapat menjamin integriti data yang diperolehi serta mempercepatkan proses mendapatkan keputusan peperiksaan oleh pelajar. Sistem ini menggalakkan para ibubapa dan pelajar untuk melihat keputusan peperiksaan serta prestasi pelajar bersama-sama. Para ibubapa tidak perlu menunggu hari yang tertentu seperti Hari Keluarga atau Hari Mesyuarat PIBG untuk berjumpa dengan guru-guru yang terlibat bagi membincangkan prestasi pelajar-pelajar. Sistem ini menggunakan dua buah pelayan yang diletakkan di KPM dan sekolah. Setiap sekolah akan mempunyai pelayan masing-masing. Pelayan-pelayan ini boleh dihubungkan sama ada melalui LAN, WAN atau leased line. Bagi Sistem Peperiksaan Bersepadu Secara Teragih ini, pengagihan maklumat ke pelayan sekolah adalah melalui LAN dan dilakukan secara automatik apabila KPM sudah menyediakan keputusan peperiksaan. Sistem di KPM akan mengenalpasti maklumat yang akan dihantar ke sekolah-sekolah berdasarkan kepada parameter-parameter yang telah dimasukkan ke dalam sistem KPM. Sistem KPM dan sekolah akan berinteraksi di antara satu sama lain melalui saluran komunikasi terkini. Penggunaan ODBC pula dapat memastikan sistem ini diimplementasi secara teragih serta membolehkan maklumat diagihkan ke sekolah-sekolah yang berdaftar dengan KPM. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic versi 6.0. CN - FSKTM 2001 15 ER -