TY - THES TY - BOOK T1 - Sistem teragih percukaian individu A1 - Norazlina Abdul Razak. LA - Malay UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/279769 AB - Sistem Teragih Percukaian Individu merupakan kesinambungan usaha LHDN ke arah mendidik pembayar cukai dan orang awam tentang sistem cukai pendapatan individu. Sistem ini dibangunkan menggunakan persekitaran komponen perakaunan yang membenarkan pengguna untuk melihat sumber maklumat percukaian seperti pengiraan dan pembayaran cukai. Sistem ini diharapkan dapat membantu pembayar cukai menentukan pendapatan serta keuntungan yang boleh dikenakan, pelepasan, potongan serta rebat yang layak dituntut dan hak serta tanggungjawab sebagai pembayar cukai. Ia juga menggunakan pendekatan pengguna di mana ia bekerja melalui kepelbagaian tapak. Sistem Teragih Percukaian Individu ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi Active Server Pages (ASP). Sistem ini direkabentuk melalui sokongan perisian yang terdiri daripada Macromedia Dreamweaver MX, Personal Web Server (PWS) dan Microsoft Access 2000. Dengan berantaramuka pengguna bergrafik dan kemudahan operasi 'pilih' dan 'klik' dan mudah digunakan, adalah diharapkan dapat membantu capaian dengan lebih cekap, terurus dan pantas. Sistem ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi menyediakan maklumat percukaian terkini kepada pembayar cukai dan orang awam. NO - Also available in CD-ROM format. CN - FSKTM 2003 9 ER -