TY - THES TY - BOOK T1 - Keterlibatan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam salah laku pelajar : kajian kes di IPTA Lembah Klang A1 - Wan Shahrin Azwan Wan Sulaiman. LA - Malay UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/288472 AB - Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keterlibatan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Lembah Klang dalam salah laku pelajar universiti. Objektif kajian untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar melakukan salah laku. Persampelan bertujuan telah digunakan untuk memilih responden. Maklumat yang telah diperolehi dikumpulkan melalui borang soal selidik. Tiga bahagian yang terdapat dalam borang soal selidik iaitu, latar belakang responden, jenis-jenis salah laku pelajar dan faktor pendorong dan punca salah laku. Seramai 300 orang responden terdiri dari pelajar IPTA iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM). Data-data yang diperolehi dalam kajian ini, telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil kajian menunjukkan empat jenis salah laku yang tidak dilakukan oleh responden iaitu terjebak dengan dadah, rogol, melakukan hubungan seks sejenis dan pembuangan bayi/gugur kandungan. Salah laku yang paling kerap dilakukan ialah ponteng kuliah/pengajian (63.33%) diikuti salah laku melepak (25.66%) , merokok (14%), memakai pakaian ketat (13.66%), mengunjungi pusat hiburan (8.33%) dan menonton vcd lucah (9%). Dapatan hasil kajian ini, faktor utama yang menyebabkan pelajar melakukan salah laku pelajar ialah pengaruh rakan diikuti ingin mencuba, untuk menghilangkan rasa bosan, ketagihan, masalah kesihatan dan pengaruh teknologi serta pengaruh media massa. Secara keseluruhannya salah laku yang dilakukan oleh responden boleh dikawal dan dielakkan sekiranya pelajar mempunyai kesedaran tentang buruknya gejala salah laku yang dilakukan dan berfikiran positif serta pandai memilih kawan dalam pergaulan seharian supaya mereka tidak terjebak dalam salah laku yang tidak dikawal dan merebak menjadi gejala yang serius. CN - FEM 2007 128 ER -