TY - THES TY - BOOK T1 - Tahap kesedaran pengguna dewasa terhadap pelabelan makanan dalam mempengaruhi amalan pemakanan yang sihat A1 - Ooi, Evelyn Sue Leng. LA - Malay UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/504442 AB - Kajian ini dilakukan dengan tujuan mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap serta tahap penggunaan pengguna dewasa yang bekerja terhadap pelabelan makanan. Di samping itu, suatu perkaitan antara tahap pengetahuan, sikap dan tahap penggunaan golongan ini terhadap pelabelan makanan dengan amalan pemakanan yang sihat turut akan dikaji sama ada wujud atau tidak. Seramai 100 orang dewasa yang berumur dalam lingkungan 21 hingga 55 tahun dan bekerja di bandar Puchong Jaya telah dipilih secara persampelan rawak dari dua buah firma perakaunan, dua buah syarikat pemasaran dan sebuah pusat tuisyen. Golongan dewasa yang bekerja ini telah diberi borang soal selidik untuk diisi dan seterusnya, data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Analisis statistik yang digunakan adalah Ujian Pekali Korelasi Perason. Hasil kajian mendapati bahawa: (1) seramai 89% orang dewasa mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi apabila ditanya tentang item mana yang diwajibkan pada pelabelan makanan; (2) seramai 80% orang dewasa memiliki sikap yang positif terhadap pelabelan makanan. Dalam erti kata lain, golongan dewasa ini mengambil perhatian terhadap item-item yang ada pada pelabelan makanan; (3) tahap penggunaan kebanyakan orang dewasa terhadap kedua-dua pelabelan makanan dan prinsip-prinsip yang digariskan dalam Panduan Diet Kebangsaan adalah secara kadang-kala sahaja. Secara keseluruhannya, didapati hanya sikap (r=0.209, p<0.05) dan tahap penggunaan (r=0.244, p<0.05) golongan dewasa terhadap pelabelan makanan mempengaruhi amalan pemakanan yang sihat. Ini bermaksud tahap pengetahuan yang tinggi terhadap pelabelan makanan tidak dapat mempengaruhi amalan pemakanan yang sihat sekiranya tidak adanya sikap yang positif disertai dengan tahap penggunaan yang tinggi terhadap pelabelan makanan. Pada masa akan datang, adalah dinasihatkan agar kajian tentang pelabelan makanan didalami. Ini adalah kerana bidang tersebut mempunyai kaitan secara langsung kepada pengurangan risiko menghidapi penyakit kronik di samping meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Selain itu, bidang pelabelan pemakanan juga boleh dikatakan agak baru di negara Malaysia, maka masih tiada kajian sedemikian dilakukan sehingga kini. CN - FEM 2002 67 ER -