TY - THES TY - BOOK T1 - Persekitaran rumah dan pencapaian kognitif kanak-kanak tadika A1 - Khairusazwati Mohd. Rus. LA - Malay UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/512518 AB - Kajian ini bertujuan menentukan perkaitan antara persekitaran rumah dan pencapaian kognitif kanak-kanak tadika. Enam puluh orang kanak-kanak Tadika Al-Taufiqiyah, Kampung Manjoi, Ipoh yang berumur di antara lima hingga enam tahun telah dipilih sebagai sampel kajian. Maklumat responden didapati melalui borang soal selidik menunjukkan majoriti ibu bapa berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kebanyakan ibu merupakan surirumah sepenuh masa dan bapa menceburi sektor perkhidmatan dengan pendapatan kurang daripada RM1000 sebulan. 'HOME Inventory' menunjukkan kanak-kanak mempunyai tahap persekitaran rumah yang sederhana. Pencapaian kognitif kanak-kanak menggunakan 'McCarthy Scales of Abilities' menunjukkan responden mempunyai tahap pencapaian kognitif yang tinggi. Pencapaian verbal (t=-.954; p>0.05), kuantitatif (t=-1.798, p>0.05) dan memori (t=-1.010; p>0.05) antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan tidak mempunyai perbezaan yang signifikan. Secara keseluruhannya kanak-kanak perempuan mendapat purata skor indeks yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Hubungan di antara persekitaran rumah dan pencapaian verbal (r=.164; p>0.01), pencapaian kuantitatif (r=-.002, p>0.01) dan pencapaian memori (r=.071; p>0.01) juga tidak membuktikan perkaitan yang signifikan dalam meransang perkembangan kognitif kanak-kanak. Disarankan kajian akan datang agar mengambilkira faktor pelbagai kaum dan perbezaan latar belakang sampel dari bandar dan luar bandar. CN - FEM 2001 59 ER -