TY - THES TY - BOOK T1 - Fauna epifitik pada daun rumput laut Enhalus acoroides A1 - Mohana Mohamad . LA - Malay UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/514299 AB - Kajian ke atas ekosistem rumput laut khususnya ke atas fauna epifitik yang melekat pada bahagian-bahagian daun rumput laut telah dijalankan di Selat Johor (Beting Darat dan Beting Merambong). Sebanyak tujuh belas spesies fauna epifitik yang hidup melekat pada bahagian daun rumput telah dijumpai pada kesemua dua kawasan kajian ini. Terdapat tiga kategori di mana fauna epifitik biasanya hidup melekat iaitu fauna epifitik yang hidup secara melekat pada daun rumput laut itu sahaja misalnya spesies gastropoda, bivalvia dan polychaeta, fauna epifitik yang melekat pada daun rumput laut dan ianya juga boleh berenang atau bergerak bebas apabila merasakan dirinya terancam oleh pemangsa misalnya bagi spesies polychaeta, amphipoda dan isopoda dan fauna epifitik yang hidup secara berassosiasi misalnya bagi spesies gastropoda. Didapati taburan fauna epifitik di atas daun rumput laut tersebut adalah tidak rawak. Ini menerangkan bahawa kesemua fauna epifitik yang dijumpai tidak hanya melekat pada bahagian-bahagian tertentu pada daun rumput laut Enhalus acoroides sahaja, ada antaranya yang melekat pada bahagian pangkal daun, pertengahan daun dan ada juga yang melekat pada bahagian hujung daun Enhalus acoroides. Bagi spesies hydrozoa yang dijumpai iaitu Obelia geniculata dan Dynamena pumila, kebanyakannya dijumpai pada bahagian hujung daun rumput laut Enhalus acoroides dan ianya dijumpai hidup secara berkoloni. Tetapi, bagi labah-labah laut Achelia echinata, ianya selalu dijumpai hidup berdekatan dengan hydrozoa Dynamena pumila dan secara tidak langsung ia juga dijumpai di bahagian hujung daun Enhalus acoroides. Bagi spesies fauna epifitik isopoda pula kebiasaannya ia hidup di kawasan yang mempunyai kuantiti rumpai laut yang banyak dan padat, misalnya Fucus serratus. Spesies yang paling banyak dijumpai di kawasan kajian ialah spesies gastropoda iaitu sebanyak enam spesies yang terdiri daripada Vitrinella helicoidea, Littorina ziczac, Tectarius muricatus, Nassarius vibex, Leucozonia massa dan Pyrene sp. kebanyakan fauna epifitik yang dijumpai di kawasan kajian hidup melekat pada bahagian daun rumput laut Enhalus acoroides yang mempunyai permukaan yang agak luas dan struktur daunnya yang panjang. Bahagian pangkal daun rumput laut Enhalus acoroides iaitu berdekatan dengan bahagian akarnya adalah merupakan habitat yang utama bagi kebanyakan fauna. CN - FSAS 2003 403 ER -