TY - THES TY - BOOK T1 - Kesan ekstrak ramuan Andrographis paniculata Nees. dan Orthosiphon stamineus Benth. ke atas aras glukosa darah tikus diabetik jenis I A1 - Izlina Mohd. Sam. LA - Malay UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/515517 AB - Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak air ramuan Andrographis paninculata Nees. dan Orthosiphon stamineus Benth. ke atas aras glukosa darah tikus diabetik Jenis I. Aloksan (35-40 mg/kg b.b) disuntik secara intravena untuk mendapatkan tikus diabetik. Hanya tikus yang mempunyai aras glukosa darah 140 mg% dan ke atas digunakan untuk kajian ini. Sebanyak 24 ekor tikus diabetik digunakan dan dibahagi kepada 6 kumpulan dengan 4 ekor setiap kumpulan. Dua kumpulan digunakan sebagai kumpulan kawalan; kumpulan Saline sebagai kawalan dan kumpulan Glibenclamide sebagai kawalan positif. Empat kumpulan lagi digunakan sebagai kumpulan kajian. Sebanyak 5 g daun Andrographis paniculata Nees. dan 5 g daun Orthosiphon stamineus Benth. direbus bersama 750 ml air suling dan dikering-beku sehingga serbuk berwarna hijau kehitaman terhasil. Empat dos ekstrak yang berlainan (3 mg/kg b.b., 300 mg/kg b.b. dan 3000 mg/kg b.b.) digunakan mengikut kumpulan. Teknik Ujian Toleransi Glukosa (OGITT) telah dijalankan untuk menentukan aras glukosa darah tikus diabetik pada sela masa -30,0,30,60,90,120,150 dan 180 minit. Aras glukosa darah pada minit - 30 digunakan sebagai aras asal. Ekstrak diberikan selepas pensampelan darah pada minit -30. Sebanyak 1.5 g/kg b.b. beban glukosa diberikan selepas pensampelan darah pada minit 0 dan pensampelan darah diteruskan sehingga ke minit 180. Kepekatan aras glukosa dikira dengan kaedah ' Glucose Oxidase (GOD) Kit'. Nilai maksimum aras glukosa darah menunjukkan perbezaan bererti (p<0.05) pada semua kumpulan kajian berbanding kumpulan kawalan. Hasil analisi statistik dalam penurunan aras glukosa darah menunjukkan terdapat perbezaan bererti (p<0.05) pada dos 3 mg/kg b.b. berbanding kawalan tetapi perbezaan bererti berbanding kawalan positif. Dos 30 mg/kg b.b., 300 mg/kg b.b. dan 3000 mg/kg b.b tidak menunjukkan perbezaan bererti (p>0.05) mungkin akibat dos-dos tersebut telah melebihi dos dan mendatangkan kesan sampingan. Ini menunjukkan ekstrak air ramuan Andrographis paniculata Nees. dan Orthosiphon stamineus Benth. Berupaya menurunkan aras glukosa darah tikus diabetik. CN - FSAS 2003 182 ER -