Faktor Risiko Penyakit Kardiovaskular Di Kalangan Orang Dewasa Melayu Di Rumah Pangsa Sri Pahang Bangsar, Kuala Lumpur
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular di kalangan orang dewasa Melayu lelaki dan perempuan yang berumur 21 - 60 tahun di Rumah Pangsa Sri Pahang, Bangsar, Kuala Lumpur. Jumlah responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini ialah 218 isirumah yang t...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
1999
|
Online Access: | http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/4072/1/FPSK_%28M%29_1999_4_F.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular di kalangan orang dewasa Melayu lelaki dan perempuan yang berumur 21 - 60 tahun di Rumah Pangsa Sri Pahang, Bangsar, Kuala Lumpur. Jumlah responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini ialah 218 isirumah yang terdiri dari 70 orang lelaki dan 148 orang perempuan. Responden ditemubual dengan menggunakan borang soal selidik. Ukuran antropometri, ukuran tekanan darah dan paras serum kolesterol telah diperolehi daripada setiap responden. Faktor-faktor risiko yang dikaji ialah tabiat merokok, aktiviti senaman, pengambilan makanan, jumlah kolesterol darah, tekanan darah, obesiti dan sejarah perubatan keluarga. Pengambilan kalori, karbohidrat, protein, lemak dan vitamin A adalah melebihi purata untuk lelaki dibandingkan dengan perempuan. Kaedah menggoreng makanan dan penggunaan perisa merupakan kaedah menyediaan makanan yang paling digemari oleh responden. Seramai 54.3% responden lelaki menghisap rokok berbanding dengan 0.7% responden perempuan. |
---|