TY - GEN T1 - Perkaitan Antara Komitmen Organisasi dengan Iklim Organisasi A1 - Mohd Zainal, Zaabar LA - English YR - 1999 UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/oai:ethesis.upm.edu.my:5107 AB - Tenaga kerja yang cekap dan mencukupi sangat penting bagi sesebuah organisasi pengeluaran. Bagi syarikat Sri Rampaian, Pengkalan Cepa, Kelantan yang majoriti pekerjanya terdiri daripada operator pengeluaran, pihak pengurusan perlu mewujudkan iklim organisasi yang kondusif supaya para operator mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi. Kajian ini bertujuan menentukan tahap komitmen dan iklim organisasi berasaskan pandangan operator pengeluaran serta mengkaji perkaitan kedua-dua pembolehubah ini. Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk: (i) meninjau profil operator pengeluaran kilang Sri Rampaian (ii) mengukur tahap iklim organisasi berasaskan pandangan operator pengeluaran terhadap kilang Sri Rampaian (iii) membandingkan tahap dimensi iklim organisasi berasaskan pandangan operator pengeluaran terhadap kilang Sri Rampaian. (iv) menentukan tahap komitmen organisasi operator pengeluaran (v) mengkaji perkaitan antara komitmen organisasi dengan dimensi-dimensi iklim organisasi. Responden terdiri daripada 175 operator pengeluaran yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata. Kajian ini menggunakan soal selidik berstruktur sebagai peralatan kajian. ER -