TY - GEN T1 - Iklim Organisasi Dan Perkaitannya Dengan Prestasi Kerja Pegawai Perunding Perbadanan Produktiviti Negara (Npc) A1 - Sipon, Dzukifli LA - English YR - 1996 UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/oai:ethesis.upm.edu.my:5376 AB - Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara iklim organisasi dengan prestasi kerja pegawai perunding Perbadanan Produktiviti Negara (NPC). Seramai 92 orang pegawai perunding yang terdiri daripada pegawai perunding tingkatan biasa dan pegawai perunding tingkatan kanan yang dikategorikan dalam Gred E3 (Pegawai Latihan - Kumpulan Pengurusan dan Profesional) menurut skim perkhidmatan Sistem Saraan Baru (SSB) dipilih sebagai sampel kajian melalui kaedah persampelan stratifikasi. Kajian menggunakan soal selidik berstruktur yang ditadbir sendiri oleh responden sebagai peralatan kajian. Kajian mendapati responden menganggap iklim organisasi NPC adalah pada tahap sederhana dan prestasi kerja pegawai perunding adalah pada tahap tinggi. Iklim organisasi didapati mempunyai perkaitan positif yang lemah dengan prestasi kerja pegawai perunding NPC. Hasil kajian ini adalah hampir sama dengan beberapa kajian yang dijalankan di Barat. ER -