Pendekatan 'co-management' di dalam pengurusan sumber semulajadi di Sarawak, kajian kes: pengurusan ikan oleh kaum Berawan di Taman Negara Loagan Bunut.
Kesedaran masyarakat Berawan Rumah Panjang Kajan Sigeh bagi mengurus sumber ikan secara berkekalan telah mendorong komuniti ini mewujudkan Peraturan Menangkap Ikan Rumah Kajan Sigeh yang mempunyai sebelas perkara pada tahun 1969. Walau bagaimanapun, peraturan berkenaan telah diabaikan sejak 1980an y...
Zapisane w:
| Główni autorzy: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Proceedings Paper |
| Język: | other |
| Wydane: |
Forestry Department Peninsular Malaysia
2014
|
| Hasła przedmiotowe: | |
| Dostęp online: | http://agris.upm.edu.my:8080/dspace/handle/0/7254 |
| Etykiety: |
Dodaj etykietę
Nie ma etykietki, Dołącz pierwszą etykiete!
|
| Streszczenie: | Kesedaran masyarakat Berawan Rumah Panjang Kajan Sigeh bagi mengurus sumber ikan secara berkekalan telah mendorong komuniti ini mewujudkan Peraturan Menangkap Ikan Rumah Kajan Sigeh yang mempunyai sebelas perkara pada tahun 1969. Walau bagaimanapun, peraturan berkenaan telah diabaikan sejak 1980an yang telah menyebabkan penurunan populasi ikan sebanyak 55% berbanding 1960an. Hak istimewa masyrakat ini juga terus diiktiraf setelah Loagan Bunut diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1990. Bagi mengurangkan tekanan secara berterusan dan berusaha ke arah memulihara populasi ikan di Loagan, Projek Hutan Paya Gambut (Sarawak) biayaan UNDP/GEF pada tahun 2005 telah mengambil beberapa inisiatif menggalak penggunaan semula peraturan menangkap ikan tradisional dengan mengadaptasi beberapa pindaan seta tambahan perkara di dalam peraturan berkenaan mengikut keperluan semasa. Kertas kerja ini menerangkan proses berperingkat yang telah diambil bermula dengan memberi kesedaran berkaitan (i) `System`: kepentingan serta latarbelakang pengurusan sumber ikan(ii) stress: isu serta ancaman yang dihadapi(iii) `sources of stress`: punca-punca permasalahan serta isudan (iv) `strategy`: Strategi yang boleh diambil bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti sehinggalah kepada peenrimaan Peraturan Berawan Loagan Bunut Menangkap Ikan, 2006 yang telah dilancarkan pada 3 Februari 2007. bagi tujuan mengurus, memantau, menguatkuasa serta sebagai agensi penghubung di anatara pihak pengurusan taman Sarawak Forestry Corporation (SCF) dan komuniti, Jawatankuasa Pengurusan Ikan Loagan Bunut (JPILB) yang bernaung di bawah payung Loagan Bunut Special Park Committee telah ditubuhkan. |
|---|
