TY - GEN T1 - Potensi penanaman integrasi Tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan kelapa sawit dengan sistem tanaman dua baris kembar A1 - Raja Zulkifli R O. LA - English PB - Forest Research Institute Malaysia YR - 2015 UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/oai:http:--agris.upm.edu.my:0-8738 AB - Tanaman Tongkat ali (Eurycama langi/olia) sudah lama dikenali sebagai tanaman yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Nilai komersilnya semakin meningkat apabila didapati berupaya melancarkan pengaliran darah,mampu melawan dan membunuh sel kanser, kesan penggalak seks (aphrodisiac) kaum lelaki dan mampu merawat pelbagai penyakit seperti pening kepala, luka-luka,kurap,antimalaria dan antiradang. Kepelbagaian penggunaannya dalam perubatan menjadikan permintaan bahan mentah Tongkat ali untuk proses juga turut meningkat dari semasa ke semasa. Purata permintaan bahan mentah Tongkat ali untuk ubatan ialah 476,339 kg/tahun. Sebahagian besar bekalan bahan mentah ini didapati daripada sumber semulajadi. Pergantungan kepada sumber bekalan herba Tongkat ali liar seeara berterusan telah menyebabkan bekalan dan kualitinya semakin berkurangan. Penanaman Tongkat ali seeara integrasi bersama tanaman sawit merupakan kaedah yang mampu menjamin kualiti dan bekalan bahan mentah yang berterusan. Kaedah integrasi ini di samping dapat meningkatkan penggunaan tanah, juga memberi pendapatan sampingan kepada penanam sawit. Integrasi Tongkat ali di kawasan sawit menggunakan sistern dua baris kembar memberikan kepadatan pokok Tongkat ali sebanyak 1010 pokok/hektar. Pada keseluruhannya, tanaman Tongkat ali sesuai ditanam di kawasan sawit. Pada umur 4 tahun selepas penanaman, purata tinggi pokok,diameter pangkal batang (20 cm dari permukaan tanah), berat akar basah dan kering masing-masing ialah 5.5 m, 7.4 cm, 1588 g/pokok dan 660 g/pokok. Keputusan ujian hasil ekstrak adalah 0.227 kg dari jumlah keseluruhan 5.0 kg berat kering akar racik (4.5% dari bahan kering) dan analisa seeara HPLC (High Performance Liquid Chromatography) menunjukkan purata kandungan ekstrak dalam akar adalah 163.1 flg/ml euryeomanone melepasi nilai piawaian ekstrak 101.9 ug/ml berdasarkan ujian makmal bagi pokok Tongkat ali yang berumur 4 tahun selepas penanaman. KW - ELAEIS GUINEENSIS KW - OIL PALMS KW - CROPPING SYSTEMS KW - CULTIVATION KW - MALAYSIA KW - http://www.fao.org/aos/agrovoc#c_4533 KW - http://www.fao.org/aos/agrovoc#c_1971 KW - http://www.fao.org/aos/agrovoc#c_2018 KW - http://www.fao.org/aos/agrovoc#c_2509 KW - http://www.fao.org/aos/agrovoc#c_5330 ER -