Cara Pengurusan Konflik Antara Perseorangan Di Kalangan Eksekutif Dan Keberkesanannya Dalam Organisasi

Kajian ini bertujuan menentukan cara pengurusan konflik antara perseorangan (integrasi, obligasi, pengelakan, kompromi dan dominasi) di kalangan eksekutif dalam agensi kerajaan dan swasta di Lembah Klang. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti punca konflik antara perseorangan dan kecenderungan...

Descripció completa

Guardat en:
Dades bibliogràfiques
Autor principal: Said, Md.Yadi
Format: Thesis
Idioma:English
Malay
Publicat: 1996
Matèries:
Accés en línia:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11148/1/FPP_L_1996_6_A.pdf
Etiquetes: Afegir etiqueta
Sense etiquetes, Sigues el primer a etiquetar aquest registre!
Descripció
Sumari:Kajian ini bertujuan menentukan cara pengurusan konflik antara perseorangan (integrasi, obligasi, pengelakan, kompromi dan dominasi) di kalangan eksekutif dalam agensi kerajaan dan swasta di Lembah Klang. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti punca konflik antara perseorangan dan kecenderungan individualistik dan kolektivistik responden. Jumlah responden yang mengambil bahagian ialah 121 eksekutif dengan memulangkan borang soal selidik yang diisi sendiri. Tiga jenis borang soal selidik digunakan iaitu; borang A untuk konflik antara perseorangan dengan superior, borang B untuk konflik antara perseorangan dengan rakan sejawatan dan borang C untuk konflik antara perseorangan dengan subordinat. Setiap responden hanya menjawab satu jenis borang soal selidik sahaja. Integrasi merupakan cara pengurusan konflik antara perseorangan yang paling kerap digunakan apabila berkonflik dengan superior, rakan sejawatan dan subordinat dalam agensi kerajaan dan swasta.