Cara Pengurusan Konflik Antara Perseorangan Di Kalangan Eksekutif Dan Keberkesanannya Dalam Organisasi

Kajian ini bertujuan menentukan cara pengurusan konflik antara perseorangan (integrasi, obligasi, pengelakan, kompromi dan dominasi) di kalangan eksekutif dalam agensi kerajaan dan swasta di Lembah Klang. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti punca konflik antara perseorangan dan kecenderungan...

Celý popis

Uloženo v:
Podrobná bibliografie
Hlavní autor: Said, Md.Yadi
Médium: Diplomová práce
Jazyk:English
Malay
Vydáno: 1996
Témata:
On-line přístup:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11148/1/FPP_L_1996_6_A.pdf
Tagy: Přidat tag
Žádné tagy, Buďte první, kdo otaguje tento záznam!
Popis
Shrnutí:Kajian ini bertujuan menentukan cara pengurusan konflik antara perseorangan (integrasi, obligasi, pengelakan, kompromi dan dominasi) di kalangan eksekutif dalam agensi kerajaan dan swasta di Lembah Klang. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti punca konflik antara perseorangan dan kecenderungan individualistik dan kolektivistik responden. Jumlah responden yang mengambil bahagian ialah 121 eksekutif dengan memulangkan borang soal selidik yang diisi sendiri. Tiga jenis borang soal selidik digunakan iaitu; borang A untuk konflik antara perseorangan dengan superior, borang B untuk konflik antara perseorangan dengan rakan sejawatan dan borang C untuk konflik antara perseorangan dengan subordinat. Setiap responden hanya menjawab satu jenis borang soal selidik sahaja. Integrasi merupakan cara pengurusan konflik antara perseorangan yang paling kerap digunakan apabila berkonflik dengan superior, rakan sejawatan dan subordinat dalam agensi kerajaan dan swasta.