TY - GEN T1 - IG perlu jadi Institut Penuaan Kebangsaan A1 - Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat, LA - English LA - Malay YR - 2012 UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/oai:psasir.upm.edu.my:18851 AB - SERDANG, 3 April – Pengiktirafan yang diterima oleh penyelidik Institut Gerontologi (IG) Universiti Putra Malaysia (UPM) di peringkat kebangsaan dan antarabangsa membuktikan kemampuannya mengorak menjadi sebuah Institusi Penyelidikan Penuaan Kebangsaan. Naib Canselor UPM, Dato’ Dr. Ir. Radin Umar Radin Sohadi berkata IG mampu menjadi pusat rujukan penuaan terutama dalam usaha menggubal dasar dan merangka program berkaitan warga emas. “Aktiviti IG merupakan sebahagian daripada usaha pengantarabangsaan dan peluasan jaringan dengan penyelidik dan agensi antarabangsa. Ini meletakkan UPM sebagai ‘focal point’ penyelidikan penuaan serantau,”katanya semasa merasmikan Sambutan Sepuluh Tahun Penubuhan Institut Gerontologi. ER -