Implikatur Dalam Perbualan Pelajar Universiti Putra Malaysia

Implikatur merujuk kepada penggunaan bahasa yang tersurat untuk menyampaikan mesej secara tersirat dan pendengar perlu memprosesnya berdasarkan konteks ujaran penutur. Dalam kajian ini, penyelidik menyenaraikan tiga objektif, iaitu mengenal pasti penggunaan implikatur dalam perbualan pelajar, mengin...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mat Saleh, Muhamad Safuan
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2011
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19414/1/FBMK_2011_17.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Implikatur merujuk kepada penggunaan bahasa yang tersurat untuk menyampaikan mesej secara tersirat dan pendengar perlu memprosesnya berdasarkan konteks ujaran penutur. Dalam kajian ini, penyelidik menyenaraikan tiga objektif, iaitu mengenal pasti penggunaan implikatur dalam perbualan pelajar, menginterpretasikan makna implikatur dalam perbualan pelajar menggunakan Teori Grice (1975) dan Teori Relevans (1995) dan merumuskan kewibawaan Teori Grice (1975) dan Teori Relevans (1995) dalam menginterpretasikan penggunaan implikatur sebagai satu bentuk komunikasi linguistik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Sampel adalah terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia yang dipilih secara rawak. Data kajian dianalisis secara kualitatif menggunakan teori Relevans (1995) dan teori Grice (1975). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak penggunaan implikatur dalam perbualan pelajar. Penggunaaan implikatur digunakan untuk tujuan penolakan dan menyatakan persetujuan dalam sesuatu ujaran. Implikatur juga digunakan sebagai bahasa berlapik untuk menjaga hati pendengar. Penggunaan implikatur juga merupakan seni berbahasa bagi orang Melayu. Seterusnya, hasil kajian juga mendapati bahawa teori Relevans (1995) dan Teori Grice (1975) berwibawa merungkai mesej penutur yang disampaikan melalui implikatur.