TY - GEN T1 - Sarjana UPM dipilih ketuai badan induk profesional Malaysia A1 - Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat LA - English PB - Universiti Putra Malaysia YR - 2013 UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/oai:psasir.upm.edu.my:25610 AB - SERDANG, 16 Julai (UPM) – Seorang pensyarah kanan Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr Mohd Khanif Yusop, telah dipilih sebagai presiden Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) iaitu badan induk ahli profesional Malaysia. Dipilih memegang jawatan itu pada 22 Jun 2013 untuk penggal setahun, pakar dalam kimia tanah tanih dengan Fakulti Pertanian UPM itu dijangka mengetuai pertubuhan berpengaruh ditubuhkan 40 tahun lalu untuk berurusan dengan kerajaan dan agensi-agensi lain sama ada untuk memberikan input atau menyelesaikan isu. Prof Khanif, 63, yang mengajar di UPM selama 37 tahun berasa bangga diberikan amanah memimpin BIM dengan tumpuan utama beliau adalah untuk menjadikan profesional pertanian dan profesional lain diiktiraf sepertimana peguam, doktor, jurutera dan akitek. ER -