TY - GEN T1 - Syarikat baja beri kontrak penyelidikan RM5 juta kepada UPM, universiti Taiwan A1 - Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat LA - English PB - Universiti Putra Malaysia YR - 2013 UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/oai:psasir.upm.edu.my:26498 AB - PUTRAJAYA, 25 Julai (UPM) – All Cosmos Industries Sbd Bhd, sebuah pengilang baja, telah menganugerahkan kontrak penyelidikan RM5 juta kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Taiwan Chung Hsing University untuk menghasilkan baja hijau dan mapan di samping boleh melindungi pokok kelapa sawit dan getah daripada penyakit. Projek itu meliputi penyelidikan dan pembangunan teknologi maju bakteriofaj melalui pengkomposan tandan buah kosong (EFB) sebagai baja organik di mana mikrob dan bakteria ditambah untuk membunuh kulat di dalam ladang pokok getah dan kelapa sawit. Geran penyelidikan itu adalah susulan kepada memorandum perjanjian dan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara UPM dan All Cosmos pada November 2012. ER -