TY - BOOK T1 - Mantik dan etnomantik A1 - Ismail, Mat Rofa LA - English PB - Dewan Bahasa dan Pustaka YR - 2014 UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/oai:psasir.upm.edu.my:36098 AB - Kandungan buku ini amat unik kerana persembahannya yang melibatkan kesepaduan pelbagai ilmu. Hal ini disebabkan mantik merupakan ilmu sepunya dalam matematik dan usuluddin, fizik dan usul fiqah, teknologi maklumat dan retorik, falsafah dan teknologi, teori dan amali. Namun, kegunaan mantik yang luas itu kurang disedari para ilmuan yang mengamalkan pragmatisme dalam tradisi ilmu mereka. Pelbagai unsur mantik dihuraikan dalam buku ini termasuk proposisi, pengisbatan, penafian, takrif, analogi, silogisme, deduksi, induksi, transitifan, kantrapositif, penghujahan, pembuktian dan analisis menerusi aliran sejarah perkembangan, khususnya menerusi tamadun Islam yang agung. Perbincangan tentang entomantik pula sangat menarik kerana merupakan bidang baharu yang dibincangkan secara teliti di dalam buku ini. Buku ini menggabungkan kedua-dua aspek mantik dan etnomantik dalam perbincangan yang bersepadu. Buku ini yang pertama di rantau Asia Tenggara yang membincangkan etnomantik Melayu-Islam secara khusus dalam epistemologi ilmu pemikiran secara amnya ER -