TY - THES T1 - Penterjemahan kolokasi kata kerja berpreposisi Arab-Melayu melalui Google Translate A1 - Aminallah, Farah Hanan LA - English YR - 2013 UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/oai:psasir.upm.edu.my:41381 AB - Ramai yang mendakwa bahawa Google Translate tidak memberikan terjemahan bahasa Arab bahasa Melayu dengan baik. Malah terjemahannya sangat mendukacitakan. Beberapa tinjauan awal terhadap terjemahan Google Translate dilakukan dengan menterjemahkan beberapa kolokasi bahasa Arab ke bahasa Melayu. Walaupun perkhidmatan ini lebih pantas,namun itu tidak semestinya menjanjikan kualiti terjemahannya. Oleh itu,kajian ini bertujuan untuk menguji, menghurai dan memberi penjelasan tentang kualiti terjemahan kolokasi yang diperolehi melalui Google Translate. Objektif kajian ini adalah untuk melihat ketepatan terjemahan Google Translate terhadap kolokasi berpreposisi, mengenal pasti bentuk terjemahan yang diperoleh daripada Google Translate dan menilai tahap kewajaran kepenggunaan Google Translate sebagai salah satu medium penterjemahan. Kajian kualitatif ini menggunakan metod kepustakaan dengan memberi fokus pada terjemahan kolokasi kata kerja dengan kata sendi. Seterusnya kebolehpercayaan terjemahan yang dibuat oleh Google Translate ditentukan melalui analisis kesalahan terjemahan yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hasil terjemahan yang diberikan oleh Google Translate termasuklah terjemahan ke bahasa Inggeris, terjemahan kepada bunyi fonem, serta ketidakbolehan menterjemah kata sendi. Manakala tahap kebolehgunaan sistem terjemahan dalam talian Google Translate berada pada tahap tidak mencapai standard yang diperlukan. Kesimpulannya, penggunaan Google Translate sebagai kamus adalah masih boleh digunakan, namun bukanlah sebagai sumber utama. Sebaliknya, pengguna-pengguna kamus disarankan agar membuat semakan semula terhadap terjemahan yang diperoleh menerusi Google Translate untuk mendapatkan hasil yang mantap. KW - Collocation (Linguistics) KW - Arabic language - Translations into Malay KW - Arabic language - Prepositions ER -