TY - GEN T1 - Pusat Kecemerlangan Kriptografi UPM-MIMOS Bakal Ditubuh A1 - Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat LA - English YR - 2010 UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/oai:psasir.upm.edu.my:4841 AB - SERDANG, 25 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Malaysian Institute of Microelectronic System Berhad (MIMOS) memeterai kerjasama perjanjian mewujudkan Pusat Kecemerlangan Kriptografi UPM-MIMOS bagi membangunkan teknologi keselamatan maklumat. Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata pusat itu membolehkan Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) UPM menyumbangkan kepakaran kriptografi bermatematik dan pembangunan algoritma bermatematik sementara MIMOS akan membina perisian dan perkakasan. “Kepakaran INSPEM dalam bidang kriptografi bermatematik terbukti kerana mereka aktif menjalankan aktiviti membangunkan formula serta algoritma bermatematik untuk tujuan keselamatan maklumat. ER -