Sensitiviti pelajar Islam di sebuah universiti awam mengenai halal haram urusan muamalat dan reaksi terhadap isu halal dalam media massa Malaysia
Kepatuhan terhadap hukum syariah merupakan kewajipan bagi seluruh masyarakat Islam. Sensitiviti masyarakat Islam mengenai halal dan haram urusan muamalat tidak seharusnya tertumpu kepada satu aspek sahaja, tetapi perlulah dilihat dari aspek yang menyeluruh iaitu merangkumi aktiviti penggunaan...
        Сохранить в:
      
    
                  | Главный автор: | |
|---|---|
| Формат: | Thesis | 
| Язык: | English | 
| Опубликовано: | 
      
      2015
     | 
| Предметы: | |
| Online-ссылка: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68203/1/fbmk%202015%2099%20ir.pdf | 
| Метки: | 
       Добавить метку    
     
      Нет меток, Требуется 1-ая метка записи!
    | 
| Итог: | Kepatuhan terhadap hukum syariah merupakan kewajipan bagi seluruh masyarakat
 Islam. Sensitiviti masyarakat Islam mengenai halal dan haram urusan muamalat tidak
 seharusnya tertumpu kepada satu aspek sahaja, tetapi perlulah dilihat dari aspek yang
 menyeluruh iaitu merangkumi aktiviti penggunaan pelbagai jenis barangan,
 pengambilan makanan serta urusan perkhidmatan kewangan. Justeru, isu-isu halal
 dalam urusan muamalat yang timbul dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah
 membuka mata masyarakat Islam, khususnya para pelajar universiti untuk lebih peka
 dengan perkara yang boleh melunturkan nilai akidah Islam. Kajian ini penting kerana
 dewasa ini pengguna Islam banyak terdedah kepada produk dan perkhidmatan yang
 tidak jelas dari segi hukum syarak. Di samping itu, mereka turut digemparkan dengan
 laporan berkaitan isu halal menerusi media massa pada masa yang sama. Oleh itu,
 penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti skop dan faktor sensitiviti pelajar
 Islam mengenai halal dan haram urusan muamalat. Selain itu, penyelidikan ini juga
 adalah untuk mengenal pasti reaksi pelajar Islam terhadap isu-isu halal dalam media
 massa di Malaysia. Konsep Banal Nationalism dan Model Penerimaan Multidimensi
 pula dijadikan kerangka teoretikal dalam kajian ini. Kajian ini turut dijalankan secara
 kualitatif dengan menggunakan teknik temubual secara mendalam ke atas 11 orang
 penuntut Universiti Putra Malaysia. Analisis data dilakukan secara manual dengan
 menggunakan teknik analisis perbandingan berterusan.
 Hasil kajian mendapati bahawa pelajar Islam mempunyai sensitiviti yang menyeluruh
 iaitu pada tahap kognitif, emosi dan tingkahlaku terhadap hukum halal dan haram
 dalam aspek makanan. Informan juga cenderung mengambil berat tentang kewujudan
 unsur riba dalam perkhidmatan di perbankan konvensional. Sementara itu, sensitiviti
 terhadap status halal terhadap produk kosmetik, farmaseutikal, produk penjagaan diri
 dan pakaian adalah rendah. Terdapat dua faktor utama yang mendorong pelajar Islam
 sensitif terhadap hukum halal dan haram urusan muamalat iaitu faktor individu rapat
 seperti keluarga, di samping faktor usaha untuk mematuhi ajaran agama. Majoriti
 keluarga mempunyai pengaruh positif yang mendorong ke arah sensitiviti informan.
 Ianya berlaku melalui perbincangan keluarga dan asuhan dari kecil lagi. Di samping itu juga, sensitiviti pelajar turut disumbangkan oleh keteguhan nilai agama yang dimiliki
 informan yang akhirnya mendorong mereka untuk memenuhi kewajipan sebagai orang
 Islam dengan mematuhi perintah Allah SWT. Akhir sekali, pentafsiran pelajar Islam
 terhadap isu-isu halal dalam media massa menunjukkan bahawa informan merupakan
 khalayak yang aktif. Keaktifan informan tergambar melalui komen, kritikan,
 pandangan serta penilaian yang dibuat terhadap elemen-elemen mesej media. Selain
 itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa internet merupakan medium yang paling
 kerap digunakan oleh pelajar untuk mengetahui isu halal. Hal ini disebabkan internet
 itu sendiri menjadi saluran yang efektif untuk menyampaikan informasi berkaitan isuisu
 agama kepada generasi muda. | 
|---|
