Pengetahuan tentang undang-undang penyalahgunaan dadah dan modal sosial dalam rawatan pemulihan pelatih di Kota Bharu Kelantan, Malaysia

Masalah penyalahgunaan dadah yang meruncing di Malaysia dilihat telah memberi ancaman serius kepada keselamatan negara dan impak negatif terhadap pembangunansosio-ekonomi negara. Peranan pembangunan komuniti dalam memulihkan masalah penyalahgunaan dadah adalah penting terutamanya melibatkan aspek so...

Celý popis

Uloženo v:
Podrobná bibliografie
Hlavní autor: Sidek, Abdul Halim
Médium: Diplomová práce
Jazyk:English
Vydáno: 2016
Témata:
On-line přístup:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69240/1/FEM%202016%2026%20IR.pdf
Tagy: Přidat tag
Žádné tagy, Buďte první, kdo otaguje tento záznam!
Popis
Shrnutí:Masalah penyalahgunaan dadah yang meruncing di Malaysia dilihat telah memberi ancaman serius kepada keselamatan negara dan impak negatif terhadap pembangunansosio-ekonomi negara. Peranan pembangunan komuniti dalam memulihkan masalah penyalahgunaan dadah adalah penting terutamanya melibatkan aspek sokongan komuniti. Permasalahan dalam kajian secara khusus mengkaji reaksi para pelatih terhadap undang-undang penyalahgunaan dadah yang berasaskan perkongsian modal insan. Kajian ini meneroka pengetahuan penagih tentang undang-undang penyalahgunaan dadah di Malaysia. Di samping itu, mengenalpasti elemen modal sosial dalam kalangan pelatih yang berada di Klinik Cure & Care 1 Malaysia, Kota Bharu. Kajian ini juga menjelaskan tanggapan penagih dadah terhadap keberkesanan undang-undang penyalahgunaan dadah di Malaysia. Disamping itu juga kajian ini menghuraikan keberkesanan undang-undang penyalahgunaan dadah di Malaysia seterusnya menghuraikan usaha yang telah dilakukan untuk pemulihan penyalahgunaan dadah yang berasaskan modal sosial. Tesis ini dilaksanakan ke atas pelatih yang telah menerima rawatan pemulihan dadah di Klinik Cure & Care 1Malaysia Kota Baharu, Kelantan. Kajian dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif menggunakan kaedah temu bual mendalam berasaskan protokol temu bual semi berstruktur. Hasil kajian menunjukkan pelatih mempunyai pelbagai bentuk pengetahuan tentang undang-undang penyalahgunaan dadah. Para pelatih juga mempunyai pandangan yang khusus terhadap undang-undang penyalahgunaan dadah di Malaysia sama ada positif atau negatif. Hasil kajian juga menunjukan bahawa keberkesanan undang-undang penyalahgunaan dadah melalui tafsiran hukuman dalam peruntukan undang-undang dalam kalangan pelatih adalah kurang berkesan dan faktor penentu keberkesanan undang-undang penyalahgunaan dadah adalah lemah.Kajian mendapati kelemahan modal sosial memberi kesan kepada pelatih dalam penyalahgunaan dadah sebagai pengedar dan pesalahguna dadah. Hasil kajian menunjukkan bahawa tiga modal sosial yakni ibu bapa, ahli keluarga dan rakan pelatih mendorong kepada usaha-usaha pemulihan dalam penyalahgunaan dadah.