TY - GEN T1 - ‘Recycling Rally’ Pupuk Kesedaran Kitar Semula Cintai Alam Sekitar A1 - Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat LA - English LA - Malay YR - 2010 UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/oai:psasir.upm.edu.my:7370 AB - SERDANG, 10 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan program ‘Recycling Rally’ bagi memupuk warga kampusnya kesedaran mencintai alam sekitar melalui kitar semula bahan buangan. Penasihat program, Fairuz Muchtar berkata program anjuran Pejabat Pemasaran dan Komunikasi yang julung kali itu membudayakan amalan kitar semula dalam kehidupan warga UPM dan menyokong penyertaan UPM dalam GreenMetric Ranking of World Universities. “Program ini memperkenalkan sistem Recycle & Reward iaitu mereka yang menghantar barangan kitar semula seperti kertas, akhbar lama, beg plastik, botol plastik dan barangan elektronik akan diberi mata ganjaran oleh Syarikat Recycling Reward Sdn Bhd,” katanya pada majlis pelancaran kempen kitar semula di sini. ER -