TY - JOUR T1 - Kaedah penggunaan pendekatan Euritmik Dalcroze untuk meningkatkan tahap koordinasi menyanyi sambil bermain alat perkusi kompang dalam kalangan kanak-kanak A1 - Ismail, Md Jais LA - Malay PB - Secholian Publication YR - 2018 UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/oai:psasir.upm.edu.my:74774 AB - Kajian-kajian lepas telah menyatakan bahawa untuk melakukan dua kemahiran muzik pada satu masa bukanlah suatu perkara yang mudah. Hal ini bertambah sukarapabila kemahiran ini diajarkan kepada kanak-kanak. Namun, pendekatan Euritmik Dalcroze yang bertumpukan kepada komponen pergerakan berirama memberikan keutamaan kepada tubuh badan sebagai instrumen utama menguasai elemen muzik dan seterusnya meningkatkankoordinasi seseorang individu. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pendekatan Euritmik Dalcroze untuk meningkatkan koordinasi kemahiran menyanyi sambil bermain kompang dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini merupakan kajian rintis yang melibatkan peserta seramai 31 orang murid-murid dari sebuah sekolah rendah di Putrajaya yang terdiri daripada 19 orang lelaki dan 12 orang perempuan. Pencapaian responden dianalisis selepas intervensi diberikan kepada responden sebanyak 12 sesi selama tiga bulan. Kajian mendapati bahawa skor min pencapaian koordinasi menyanyi dan bermain kompang ialah 61.7 dengan nilai sisihan piawai 12.47. Keputusan ujian juga menunjukkan tiga orang murid mendapat Gred A, 10 orang murid mendapat markah Gred B, 13 orang murid mendapat Gred C, empat orang murid mendapat Gred D dan seorang murid gagal dengan mendapat Gred E. Hal ini bermakna seramai 30 orang murid telah lulus ujian yang dijalankan. Oleh kerana hampir semua murid telah lulus dengan ujian yang dijalankan, pendekatanEuritmik Dalcroze adalah sesuai digunakan untuk meningkatkan korrdinasi menyanyi sambil bermain kompang dalam kalangan kanak-kanak. ER -