Penilaian Guru Pendidikan Seni Terhadap Kreativiti Catan Pelajar

Matlamat utama kajian ialah untuk melihat penilaian guru Pendidikan Seni terhadap kreativiti catan pelajar. Ianya juga bertujuan untuk mengenalpasti kriteria penilaian catan guru Pendidikan Seni serta melihat perhubungan latihan Pendidikan Seni dan kreativiti guru Pendidikan Seni. Kajian ini me...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Chua, Yan Piaw
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 1998
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9062/1/FPP_1998_66_A.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Matlamat utama kajian ialah untuk melihat penilaian guru Pendidikan Seni terhadap kreativiti catan pelajar. Ianya juga bertujuan untuk mengenalpasti kriteria penilaian catan guru Pendidikan Seni serta melihat perhubungan latihan Pendidikan Seni dan kreativiti guru Pendidikan Seni. Kajian ini merupakan kajian deskriftjf menggunakan alat Ujian Kreatif Figural Torrance dan Alat Penilaian Catano Alat Ujian Kreatif Figural Torrance digunakan untuk memperolehi indeks kreativiti guru manakala Alat Penilaian Catan digunakan untuk menggumpul maklumat tentang markah catan dan kriteria penilaian catan. Seramai 34 orang guru Pendidikan Seni terlatih dan 45 orang guru Pendidikan Seni tidak terlatih dari 22 buah sekolah menengah daerah Hulu Langat dipilih sebagai subjek kajian. Enam kriteria penilaian catan guru Pendidikan Seni telah dikenalpasti melalui kajian ini, iaitu kemahiran melukis, kekemasan, kecantikan, kreativiti, logik dan tajuk. Kemahiran melukis dan kekemasan dianggap sebagai kriteria penilaian catan yang paling penting oleh guru-guru Pendidikan Seni. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru Pendidikan Seni terlatih Jebih mementingkan kreativiti daJam catan pelajar daripada guru Pendidikan Seni tidak terlatih. Kreativiti dianggap sebagai kriteria penilaian yang ketiga penting oleh guru Pendidikan Seni terlatih manakala guru Pendidikan Seni tidak terlatih menganggap kreativiti sebagai kriteria penilaian catan yang kurang penting sekali di antara keenam-enam kriteria Penilaian catan tersebut.