TY - GEN T1 - Pelaksanaan dasar penerapan nilai-nilai murni di tiga agensi induk Jabatan Perdana Menteri A1 - Abd. Rahman, Abdullah LA - English LA - Malay YR - 1998 UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/oai:psasir.upm.edu.my:9070 AB - Tujuan utama kajian ialah untuk mengetahui serta mengenalpasti sejauhmana Pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai-nilai Murni dalam pentadbiran di jabatan-jabatan kerajaan. Kajian ini dijalankan di tiga agensi induk jabatan Perdana Menteri. Objektif khusus kajian ialah untuk mengetahui kefahaman pegawai-pegawai kerajaan mengenai dasar tersebut, kepentingan nilai-nilai murni dalam pentadbiran kerajaan, mengetahui langkah-langkah pelaksanaan yang telah diambil oleh jabatan kerajaan terhadap dasar tersebut, mengetahui amalan dasar tersebut dan mengenalpasti masalah-masalah serta halangan utamanya. Data dalam kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan borang soal-selidik yang diisi sendiri oleh 46 orang responden yang bertugas di tiga agensi induk Jabatan Perdana Menteri iaitu di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP), Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (UPTM). KW - Malaysia - Officials and employees KW - Goal setting in personnel management - Malaysia KW - Civil service - Malaysia - Personnel management ER -