TY - GEN T1 - Penggunaan Alatan Teknologi dalam Pengajaran Ekonomi Rumah Tangga Sekolah Menengah di Lembah Kelang A1 - Mukhtaram, Siti Natrah LA - English LA - Malay YR - 1999 UL - http://discoverylib.upm.edu.my/discovery/Record/oai:psasir.upm.edu.my:9186 AB - Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan alatan teknologi dalam pengajaran, mengkaji sikap guru terhadap penggunaannya dan mengkaji masalah terhadap penggunaannya. oleh kerana kajian ini merupakan kajian sampel kajian terdiri daripada 35 orang guru Ekonomi Rumah Tangga yang dipilih dari empat daerah Sekolah Menengah Akademik di Lembah Klang iaitu Gombak, Ulu Langat, Kelang dan Petaling. Kaedah kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumbalas daripada responden. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati tahap kekerapan penggunaan alatan teknologi dalam pengajaran keseluruhan adalah pada tahap yang sederhana (Min = 2.89). Kajian juga mendapati sikap terhadap penggunaan alatan teknologi dikalangan responden adalah tinggi (Min skor = 56.9). Analisis Korelasi Sperman yang digunakan mengenalpasti perkaitan pengunaan alatan teknologi dengan kelulusan, pengetahuan kewangan dan menghadiri kursus responden. Dapatan kajian yang dipeolehi menunjukan hubungan yang sangat kuat kelulusan nilai fs=0.96, pengetahuan kewangan fs=0.99 dan menghadiri kursus fs=0.98. Manakala ujian t mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan alatan teknologi dengan kelulusan, pengetahuan kewangan dan kehadiran kursus responden. Kajian mendapati keseluruhan aspek masalah utama pengajaran yang dihadapi oleh responden adalah pada tahap rendah. KW - Home economics - Study and teaching (Secondary) - Audio-visual aids - Wilayah Persekutuan - Kuala Lumpur KW - Teaching - Aids and devices - Wilayah Persekutuan - Kuala Lumpur ER -