Unsur pragmatik dalam kapsyen instagram dari sudut wacana

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji unsur pragmatik dalam kapsyen Instagram dari sudut wacana. Instagram merupakan sebuah aplikasi rangkaian sosial yang telah dicipta oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger dan telah dilancarkan pada Oktober 2010 yang membolehkan para penggunanya untuk menyimpan gamb...

Celý popis

Uloženo v:
Podrobná bibliografie
Hlavní autor: Mat Il, Norazlah
Médium: Diplomová práce
Jazyk:English
Vydáno: 2019
Témata:
On-line přístup:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/92666/1/FBMK%202020%2026%20-%20IR.pdf
Tagy: Přidat tag
Žádné tagy, Buďte první, kdo otaguje tento záznam!
Popis
Shrnutí:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji unsur pragmatik dalam kapsyen Instagram dari sudut wacana. Instagram merupakan sebuah aplikasi rangkaian sosial yang telah dicipta oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger dan telah dilancarkan pada Oktober 2010 yang membolehkan para penggunanya untuk menyimpan gambar dan video mereka secara digital serta berkongsi kepada pengguna lain. Dalam Instagram kata-kata yang dimuat naik dan dikongsi dikenali sebagai kapsyen. Oleh itu kajian ini memberikan fokus kepada unsur pragmatik dalam kapsyen Instagram dari sudut wacana. Objektif kajian ialah mengenal pasti unsur pragmatik dalam kapsyen Instagram, menghuraikan faktor penghargaan, kekeluargaan dan keagamaan yang mempengaruhi penggunaan kapsyen Instagram dari sudut wacana dan menjelaskan faktor paling dominan melalui kapsyen Instagram berdasarkan faktor penghargaan, kekeluargaan dan keagamaan. Responden terdiri daripada pengguna bahasa yang mempunyai akaun Instagram. Instagram mereka akan dikaji melalui kapsyen yang ditulis. Kajian akan dibuat menggunakan pendekatan teori analisis wacana oleh Brown & Yule (1983). Pendekatan yang digunakan oleh Brown & Yule (1983) dalam anal isis wacana boleh dibahagikan kepada empat kaedah, iaitu rujukan, praandaian, implikatur dan inferens. Teori ini digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh secara kualitatif. Teori ini juga berfungsi untuk meninjau sejauh mana perkaitan penggunaan data yang dianalisis dengan petikan yang diambil. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat unsur pragmatik dalam setiap kapsyen instagram yang ditulis. Faktor penghargaan, kekeluargaan dan keagamaan merupakan faktor yang mempengaruhi kapsyen instagram dan faktor keagamaan merupakan faktor paling dominan dalam kapsyen Instagram yang dikaji. Hasil kajian ini juga diharap akan memberikan manfaat kepada setiap pembaca Instagram dan dijadikan sebagai bahan rujukan dalam kalangan pengguna bahasa sesuai dengan kemajuan dan pembangunan negara pada masa ini.