Unsur pragmatik dalam kapsyen instagram dari sudut wacana

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji unsur pragmatik dalam kapsyen Instagram dari sudut wacana. Instagram merupakan sebuah aplikasi rangkaian sosial yang telah dicipta oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger dan telah dilancarkan pada Oktober 2010 yang membolehkan para penggunanya untuk menyimpan gamb...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mat Il, Norazlah
格式: Thesis
語言:English
出版: 2019
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/92666/1/FBMK%202020%2026%20-%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji unsur pragmatik dalam kapsyen Instagram dari sudut wacana. Instagram merupakan sebuah aplikasi rangkaian sosial yang telah dicipta oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger dan telah dilancarkan pada Oktober 2010 yang membolehkan para penggunanya untuk menyimpan gambar dan video mereka secara digital serta berkongsi kepada pengguna lain. Dalam Instagram kata-kata yang dimuat naik dan dikongsi dikenali sebagai kapsyen. Oleh itu kajian ini memberikan fokus kepada unsur pragmatik dalam kapsyen Instagram dari sudut wacana. Objektif kajian ialah mengenal pasti unsur pragmatik dalam kapsyen Instagram, menghuraikan faktor penghargaan, kekeluargaan dan keagamaan yang mempengaruhi penggunaan kapsyen Instagram dari sudut wacana dan menjelaskan faktor paling dominan melalui kapsyen Instagram berdasarkan faktor penghargaan, kekeluargaan dan keagamaan. Responden terdiri daripada pengguna bahasa yang mempunyai akaun Instagram. Instagram mereka akan dikaji melalui kapsyen yang ditulis. Kajian akan dibuat menggunakan pendekatan teori analisis wacana oleh Brown & Yule (1983). Pendekatan yang digunakan oleh Brown & Yule (1983) dalam anal isis wacana boleh dibahagikan kepada empat kaedah, iaitu rujukan, praandaian, implikatur dan inferens. Teori ini digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh secara kualitatif. Teori ini juga berfungsi untuk meninjau sejauh mana perkaitan penggunaan data yang dianalisis dengan petikan yang diambil. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat unsur pragmatik dalam setiap kapsyen instagram yang ditulis. Faktor penghargaan, kekeluargaan dan keagamaan merupakan faktor yang mempengaruhi kapsyen instagram dan faktor keagamaan merupakan faktor paling dominan dalam kapsyen Instagram yang dikaji. Hasil kajian ini juga diharap akan memberikan manfaat kepada setiap pembaca Instagram dan dijadikan sebagai bahan rujukan dalam kalangan pengguna bahasa sesuai dengan kemajuan dan pembangunan negara pada masa ini.