Budaya Organisasi dan Inovasi : Kajian Kes di Sebuah Organisasi Perisian Komputer Tempatan

Kajian kes di sebuah organisasi perisian komputer tempatan ini, bertujuan untuk memahami budaya organisasi terkini dan mengetahui bagaimana organisasi membantu dalam meningkatkan inovasi. Selain itu, kajian turut mendalami keperluan organisasi dalam mengeluarkan inovasi. Kajian yang menggunakan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abdul Aziz, Rozihan
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2002
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9277/1/FPP_2002_3_.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian kes di sebuah organisasi perisian komputer tempatan ini, bertujuan untuk memahami budaya organisasi terkini dan mengetahui bagaimana organisasi membantu dalam meningkatkan inovasi. Selain itu, kajian turut mendalami keperluan organisasi dalam mengeluarkan inovasi. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini, telah menggunakan teknik pengumpulan data secara temubual semi struktur, pemerhatian dan analisis data sekunder. Data dari temubual telah ditranskrip dan dianalisis menggunakan Teknik Analisis Perbandingan Berterusan. Bagi mendapatkan tema, proses analisis data dilakukan berselang-seli dengan proses pengumpulan data sehingga mencapai tahap ketepuan. Tema yang berulang-ulang dalam data dijadikan kategori. Sepanjang proses pengumpulan dan analisis data, tema-tema tersebut dimodifikasi bagi membolehkan ia mewakili sepenuhnya apa yang didapati dari pengalaman ahli organisasi. Kajian menunjukkan budaya organisasi memainkan peranan penting dalam inovasi. Nilai yang didukung seperti ketiadaan formaliti dan fleksibiliti telah memudahkan aplikasi dan perkongsian pengetahuan. Oleh itu, Maltrex boleh dipandang sebagai sebuah organisasi pembelajaran. Nilai yang didukung boJch dilihat secara jelas pada persekitaran kerja yang turut menyurnbang kepada inovasi. Kajian juga mendapati pembelajaran merupakan aspek penting kepada anggota-anggota organisasi. Data menunjukkan terdapat tiga jenis pembelajaran yang digunakan untuk meningkat dan mengemaskinikan pengetahuan, iaitu pembelajaran formal, pembelajaran tidak formal dan pembelajaran informal.