Tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap HIV and aids di kalangan pekerja asing: satu kajian di kalangan pekerja Myanmar di kawasan perindustrian Bukit Pasir, Muar, Johor /

Kajian ini dibentuk untuk menentukan tahap pengetahuan,sikap dan amalan terhadap jangkitan HIV/AIDA, serta menentukan faktor berkaitan dengan HIV/AIDS,dikalangan pekerja asing dari Myanmar yang ditempatkan di lima buah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir,Muar,Johor. Data telah dikump...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yvonne, Chua
Format: Thesis Book
Language:Malay
Published: 2005
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dibentuk untuk menentukan tahap pengetahuan,sikap dan amalan terhadap jangkitan HIV/AIDA, serta menentukan faktor berkaitan dengan HIV/AIDS,dikalangan pekerja asing dari Myanmar yang ditempatkan di lima buah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir,Muar,Johor. Data telah dikumpulkan daripada 95 responden yang mewakili kesemua pekerja asing yang bersetujuditemebual di antara 25 oktober hingga 13 november 2004. Mereka ditemubual dengan bantuan borang soal selidik jenis diisi sendiri yang telah diterjemah kepada bahasa Burmese. Borang soal selidik kajian ini mengandungi 22 soalan tahap pengetahuan, 15 soalan sikap dan 4 soalan amalan berkaitan jangkitan HIV/AIDs. Umur responden berada dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun dengan purata 38.67 tahun. Purata tahun pendidikan formal responden adalah 11.72 3.83 tahun. Majoriti responden (48.4%) mempunyai pendapatan bulanan dalam lingkungan RM600 hingga RM799 dengan min RM614.16 RM137.34. Dalam kajian ini,didapati bahawa 34 (35.8%) responden telah berkahwin, 60 (63.2%) responden adalah bujang dan seorang lagi bercerai. Lebih daripada 90% daripada responden pernah mendengar paerkataan jangkitan HIV/AIDS. Tahap pengetahuan tentang HIV dan AIDS adalan tinggi. Secara keseluruhannya, kebanyakan responden mengetahui penyebab HIV/AIDS dan cara jangkitannya tetapi masih memegangkepercayaan yang silap di mana gigitan nyamuk boleh menyebarkan virus. Satu pe rtiga daripada responden menyangka mereka tidak mudah dijangkiti penyakit kerana mereka tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengambilan dadah, tidak mengadakan hubungan seks dengan pekerja seks atau dengan orang yang sama jantina(homoseksual). Skor sikap majoriti responden (36.8%) adalah baik (70.01% - 80%) dengan min 70.42 11.31. Akan tetapi, hanya 9.5% responden berasa penting untuk memakai kondom ketika mengadakan hubungan seks dimana 55.8% berpendapat bahawa penggunaan kondom adalah tidak menyeronokkan. Walau bagaimanapun, ramai responden bersimpati orang yang hidup bersama HIV/AIDS, bukan semua responden sanggup tinggal (43.2%), kongsi makanan (48.4%) atau memeluk pesakit HIV (36.8%). Sementara itu, antara 19 responden yang pernah mengambil dadah, hanya 2 responden mengatakan bahawa mereka masih mengambil dadah pada masa kini dan hanya 1 responden pernah berkongsi jarum suntikan. Daripada 45 responden daripada 95 responden yang pernah melakukan hubungan seks, 28.9% mengatakan bahawa mereka pernah melanggan pelacur di Malaysia dan 11.1% lagi mengatakan bahawa mereka pernah mengadakan hubungan seks dengan lelaki. Kolerasi Pearson menunjukkan semakin tinggi tahap pengetahuan mereka tentang HIV/AIDS, semakin positif sikap mereka terhadap perlindungan diri daripada HIV/AIDS serta terhadap pesakit HIV/AIDS (r=0.337, p<0.01). Kehomogenan di kalangan responden menyebabkan ujian t tidak dapat menentukan perkaitan antara faktor sosio-ekonomi dengan pengetahuan, sikap dan amalan berkaitan HIV/AIDS di kalangan responden kajian ini. Oleh demikian, pekerja asing Myanmar di Malaysia yang melibatkan diri dalam amalan yang boleh mendedahkan mereka kepada jangkitan dan program pendidikan khas perlu dibentuk untuk menangani masalah ini.
Physical Description:104 leaves : ill. ; 30cm.