Perkaitan di antara latar belakang dengan kepuasan kerja di kalangan pekerja pengurusan di sebuah syarikat swasta /

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti perkaitan di antara latar belakang dengan kepuasan kerja di kalangan pekerja pengurusan di sebuah syarikat swasta di Selangor. Syarikat tersebut telah ditubuhkan sejak tahun 1998. Seramai 100 orang untuk kajian ini telah dipilih secara persampelan bertujuan....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Azura Sa'at.
Format: Thesis Book
Language:Malay
Published: 2005.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti perkaitan di antara latar belakang dengan kepuasan kerja di kalangan pekerja pengurusan di sebuah syarikat swasta di Selangor. Syarikat tersebut telah ditubuhkan sejak tahun 1998. Seramai 100 orang untuk kajian ini telah dipilih secara persampelan bertujuan. Responden terdiri daripada para pekerja bidang pengurusan yang bekerja sebagai pengurus dan ke bawah. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu latar belakang dan kepuasan pekerjaan. Kepuasan pekerjaan diukur melalui skor ke atas 6 item iaitu (i) kepuasan responden terhadap pekerjaannya, (ii) kepuasan responden terhadap orang-orang dalam persekitaran kerjanya, (iii) kepuasan responden terhadap suasana persekitaran di tempat kerjanya, (iv) kepuasan responden terhadap sistem pengurusan di tempat kerja, (v) kepuasan responden terhadap gaji dan faedah perkhidmatan dan (vi) tekanan kerja. Soalan kepuasan kerja ini telah diubahsuai daripada soal selidik BGSU Staff Questionnaire yang dibuat oleh Institut Penyelidikan BGSU (2001) dan Macpherson Publishing (1999). Alpha reliabiliti bagi soal selidik ini ialah 0.5. Tahap kepuasan diukur dengan menggunakan skala Likert. Hipotesis kajian diuji dengan menggunakan ujian Korelasi Pearson, ujian-t dan ANOVA. Hasil kajian menunjukkan bahawa min umur responden ialah 28.19 tahun dan terdapat seramai 53 orang responden lelaki dan 47 orang responden perempuan. Terdapat seramai 46 orang responden yang mempunyai pendidikan sijil / diploma manakala seramai 46 orang mempunyai tahap pendidikan ijazah ke atas. Hanya terdapat seramai 10 orang responden yang bekerja sebagai kerani, 27 orang pembantu, 51 orang eksekutif, 3 orang penolong pengurus dan 9 orang pengurus. Min pendapatan bulanan responden ialah RM2,247. Manakala min tempoh kerja responden didapati singkat iaitu 1.66 tahun. Terdapat seramai 55 orang responden adalah bujang manakala 45 orang lagi pernah berkahwin. Keseluruhannya, purata tahap kepuasan pekerjaan responden adalah sederhana. Manakala purata tahap tekanan responden pula adalah pada tahap sederhana juga. Hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan yang negatif dan signifikan hanya di antara pendapatan dengan kepuasan pekerjaan (r=-0.233*, p=0.019) terutamanya dalam kepuasan terhadap perkara berkaitan seperti orang-orang persekitaran kerja, persekitaran kerja dan sistem pengurusan. Tiada perbezaan yang signifikan di antara latar belakang (jantina, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan jenis pekerjaan) tentang kepuasan pekerjaan. Sebagai implikasi bagi kajian ini, pihak majikan perlu menilai semula perkara-perkara lain di sebalik skim gaji yang telah menyebabkan kepuasan pekerjaan berkurangan dan memberikan perhatian terhadap golongan-golongan yang mempunyai tahap kepuasan pekerjaan yang rendah supaya tukar ganti kerja dapat dikurangkan. Pihak majikan juga perlu menggalakkan semangat bekerjasama dalam kumpulan di kalangan pekerja terutama mereka yang mempunyai tanggungjawab yang tinggi tetapi baru bekerja bagi meningkatkan tahap kepuasan pekerja terhadap orang-orang dalam persekitaran kerja mereka.
Physical Description:50 leaves : ill. ; 30cm.