Perisian pembelajaran isihan /

Isihan merupakan salah satu perkara penting di dalam aplikasi pemprosesan data. Ia telah diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu isihan dalaman dan isihan luaran. Isihan dalaman mempunyai enam jenis iaitu isihan selit, isihan pilihan, isihan buih, isihan timbunan, isihan cepat dan isihan shell. M...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Masleina Mohamad.
Format: Thesis Book
Language:Malay
Published: 2004.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isihan merupakan salah satu perkara penting di dalam aplikasi pemprosesan data. Ia telah diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu isihan dalaman dan isihan luaran. Isihan dalaman mempunyai enam jenis iaitu isihan selit, isihan pilihan, isihan buih, isihan timbunan, isihan cepat dan isihan shell. Manakala isihan luaran ialah isihan gabung. Perisian Pembelajaran Isihan dibangunkan bertujuan untuk membantu para pelajar Struktur Data (SAK 3117) di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia untuk mempelajari teknik dan konsep isihan. Perisian ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk mempelajari konsep sesuatu isihan beserta algoritma dan contoh aturcara bagi setiap jenis isihan di samping kelebihan dan kelemahan isihan tersebut. Perisian ini juga menyediakan contoh-contoh isihan berbentuk integer dan rentetan serta latihan untuk menguji pemahaman pelajar. Perisian ini telah dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Visual Basic 6.0 iaitu merangkumi antaramuka pengguna kod aturcaranya.
Physical Description:99 leaves : ill. ; 30cm.