Penggunaan telefon bimbit di kalangan remaja dan kesannya : satu kajian di Institut Latihan Perindustrian Pedas, Negeri Sembilan /

Kajian ini meneroka penggunaan telefon di kalangan remaja dan kesannya, iaitu di Institut Latihan Perindustrian Pedas, Negeri Sembilan (ILP Pedas). Kesan penggunan telefon bimbit yang ingin difokuskan ialah kesan terhadap aspek perhubungan dan interaksi sosial. Sampel kajian adalah sebanyak 100 oran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Faridatul Akma Mohd. Helmi.
Format: Thesis Book
Language:Malay
Published: 2008.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini meneroka penggunaan telefon di kalangan remaja dan kesannya, iaitu di Institut Latihan Perindustrian Pedas, Negeri Sembilan (ILP Pedas). Kesan penggunan telefon bimbit yang ingin difokuskan ialah kesan terhadap aspek perhubungan dan interaksi sosial. Sampel kajian adalah sebanyak 100 orang pelajar ILP Pedas dan teknik persampelan rawak mudah digunakan dalam pemilihan sampel ini. Data dikumpulkan menggunakan kaedah borang selidik dan kaedah temubual. Borang soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian A – maklumat demografi responden, Bahagian B – sebab-sebab pemilikan telefon bimbit, Bahagian C – kesan-kesan penggunaan telefon bimbit dan Bahagian D – penggunaan telefon bimbit responden. Pola penggunaan telefon bimbit terbahagi kepada dua bahagian iaitu melihat kepada tahap penggunaan (bilangan jam bagi penggunaan telefon bimbit sehari, penggunaan khidmat pesanan ringkas dan penggunaan membuat panggilan telefon) dan corak penggunaan telefon bimbit (perbelanjaan penggunaan, individu kerap dihubungi dan perkhidmatan yang kerap digunakan). Beberapa instrumen telah digunakan untuk mengukur variabel kajian dan kesemuanya diambil daripada tesis kajian lepas dan kemudiannya diperbaiki mengikut kesesuaian kajian: Sebab-sebab pemilikan telefon bimbit – Hew Fui Mun (1999); Kesan-kesan penggunaan telefon bimbit – Chui Mei Peng (1999) dan Penggunaan telefon bimbit – Nor Shereen Zulkefly (2006). Bagi kaedah temubual pula, sebanyak dua orang pelajar ILP Pedas dipilih iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Sesi temubual ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut terhadap soalan di dalam borang soal selidik dan ianya berguna untuk menyokong hasil analisis data. Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan telefon bimbit di kalangan responden berada pada tahap sederhana iaitu di antara 8 jam hingga 16 jam sehari. Selain itu, kajian juga menunjukkan pelajar perempuan lebih kerap menggunakan telefon bimbit berbanding dengan pelajar lelaki. Kajian juga menunjukkan penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) lebih kerap di kalangan pelajar berbanding penggunaan membuat panggilan telefon. Kos perbelanjaan penggunaan telefon bimbit pelajar dalam sebulan ialah dalam RM10 hingga RM50. Kajian juga mendapati keluarga iaitu ibu, bapa dan adik-beradik merupakan individu yang kerap dihubungi oleh responden. Kajian membuat kesimpulan bahawa responden mempunyai pola penggunaan yang munasabah dan tidak bermasalah dalam penggunaan. Ini dapat dilihat melalui hasil kajian yang menunjukkan penggunaan telefon bimbit tidak memberi kesan yang negatif terhadap penggunaan telefon bimbit, tetapi hanya kesan positif dalam aspek perhubungan sahaja. Implikasi kajian ialah tahap penggunaan yang tidak dikawal akan mengakibatkan tahap sederhana ini berubah menjadi tinggi. Ini akan membuatkan pelajar terlalu obses menggunakan telefon bimbit dan akan memberi kesan yang negatif terhadap diri remaja. Selain itu, sikap remaja yang terlalu bergantung dengan telefon bimbit untuk berkomunikasi akan menyebabkan kemahiran berkomunikasi secara bersemuka akan terhakis. Perkara yang harus dipandang serius oleh semua pihak terutamanya ibu bapa dan pihak yang berwajib agar perkara seumpama ini dapat dielakkan berlaku di negara kita pada masa akan datang dan juga daripada diri remaja itu sendiri agar menggunakan telefon bimbit dengan lebih berhemah dan beretika.
Physical Description:95 leaves : ill. ; 30cm.