Penglibatan ibubapa dalam program PDK ke atas kanak-kanak OKU: satu kajian kes di Kemaman, Terengganu /

Kajian ini adalah untuk memperihal penglibatan ibu bapa dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Kompleks Penyayang Kemaman, Terengganu. Penglibatan ibu bapa dalam kajian ini adalah merujuk kepada penglibatan ibu bapa dalam program di PDK termasuklah tahap pemahaman dan pengetahuan mereka te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Ashikin Abdul Aziz.
Format: Thesis Book
Language:Malay
Published: 2009.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk memperihal penglibatan ibu bapa dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Kompleks Penyayang Kemaman, Terengganu. Penglibatan ibu bapa dalam kajian ini adalah merujuk kepada penglibatan ibu bapa dalam program di PDK termasuklah tahap pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap program, hubungan antara ibu bapa dengan anak dan PDK, penglibatan mereka dalam aktiviti bersama anak di PDK, manakala tahap keberkesanan program ke atas perkembangan kanak-kanak di PDK juga turut dikaji. Seramai sepuluh orang informan telah dipilih dengan menggunakan teknik persampelan sistematik. Kaedah pengumpulan data adalah melalui temubual secara mendalam dan pemerhatian. Setiap data dianalisis secara kualitatif dan setiap pemerhatian direkod bagi menyokong dapatan kajian. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati ibu bapa memahami pelaksanaan program PDK. Walaupun kurang penglibatan ibu bapa terhadap program PDK, namun begitu dapat dilihat terdapat keberkesanan program PDK ke atas perkembangan kanak-kanak OKU. Ini sekaligus mencapai salah satu objektif kerajaan terhadap program ini. Kajian ini turut memberi penekanan kepada penyertaan penuh ibu bapa terhadap program pemulihan dalam komuniti. Bagi kajian yang akan datang, adalah disarankan agar mengkaji keberkesanan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penglibatan ibu bapa di PDK dan juga peranan PDK di bandar dan luar bandar. Diharapkan penemuan kajian ini dapat digunakan untuk pihak-pihak yang akan datang bagi meningkatkan lagi sumbangan dan manfaat kepada golongan kurang upaya.
Physical Description:87 leaves : ill. ; 30cm.