Tahap pengetahuan, sikap dan amalan pengguna isirumah terhadap kitar semula di kawasan perumahan USJ 16 /

Kitar semula merupakan salah satu usaha untuk mengurangkan penghasilan sisa buangan bagi menjamin alam sekitar. Kitar semula melibatkan usaha mengumpul bahan buangan dari buangan sisa sampah dan mengasingkannya mengikut jenis sisa buangan yang boleh dikitar semula dan menukarkannya kepada satu bentu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azzyati Mohd. Afandi.
Format: Thesis Book
Language:Malay
Published: 2002.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kitar semula merupakan salah satu usaha untuk mengurangkan penghasilan sisa buangan bagi menjamin alam sekitar. Kitar semula melibatkan usaha mengumpul bahan buangan dari buangan sisa sampah dan mengasingkannya mengikut jenis sisa buangan yang boleh dikitar semula dan menukarkannya kepada satu bentuk lain yang boleh diguna semula. Objektif kajian ialah menentukan tahap pengetahuan, sikap dan amalan kitar semula terhadap kitar semula. Seramai 100 orang pengguna isirumah USJ 16 telah dipilih menggunakan kaedah persampelan tanpa kebarangkalian. Data telah dikutip dengan kaedah pengagihan borang soal selidik kepada responden sama ada melalui temubual bersemuka atau melalui pos. Data telah dianalisis menggunakan program SPSS versi 10.0. Hasil kajian menunjukkan :(1) Majoriti responden (73%) adalah di kalangan dewasa pertengahan (30-49 tahun), mempunyai tahap pendidikan formal yang tinggi (74%) dan purata pendapatan di antara RM 6838.68. (2) Tahap pengetahuan kitar semula responden adalah sederhana. Di antara 3 jenis pengetahuan kitar semula, didapati bahawa tahap pengetahuan kesedaran adalah paling tinggi (m=75.4) berbanding pengetahuan bagaimana melakukan (M=74) dan pengetahuan asas kitar semula (M=66.4). (3) Tahap sikap responden terhadap kitar semula turut sederhana (M=3.08). (4) Bagi amalan kitar semula, di antara 3 jenis amalan kitar semula, didapati amalan kitar semula sekarang adalah yang paling tinggi iaitu (M=2.65) berbanding amalan kitar semula dulu (M=2.17) dan amalan pembelian barangan kitar semula (M=2.46). (5) Terdapat perkaitan signifikan antara pengetahuan amalan kitar semula sekarang (r = 0.296, p≤0.01) dan di antara sikap dengan amalan kitar semula sekarang (r=0.374, p≤0.01). (7) Majoriti responden (88%) pasti akan kitar semula sekiranya lebih banyak ganjaran kewangan diberikan bagi setiap barangan yang dikitar semula. Berdasarkan hasil kajian, dapat disimpulkan bahawa tahap pengetahuan dan sikap responden terhadap kitar semula perlu dipertingkatkan melalui pelbagai program yang insentif seperti kempen, seminar, pendidikan melalui media massa dan lain-lain. Selain itu didapati bahawa amalan kitar semula responden adalah dalam keadaan yang baik dan menunjukkan responden akan lebih berusaha meningkatkan amalan kitar semula sekiranya kemudahan infrastruktur kitar semula disediakan di kawasan kediaman seperti memperbanyakkan tong kitar semula, ganjaran kewangan dan kemudahan pengutipan sampah kitar semula dari rumah ke rumah.
Physical Description:58 leaves : ill. ; 30cm.