Kajian pemanduan melebihi had laju : pengaruh gelagat pemanduan keluarga, faktor diri dan masa ke atas pemandu kereta di Kuala Lumpur /

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gelagat pemanduan keluarga, faktor diri dan masa ke atas gelagat pemanduan melebihi had laju di kalangan pemandu kereta di Kuala Lumpur. Sejumlah 250 orang responden telah diambil sebagai sampel melalui persampelan rawak mudah. Pengambilan data adalah mel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suzilynda Sukimin @ Sungkimin.
Format: Thesis Book
Language:Malay
Published: 2002.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gelagat pemanduan keluarga, faktor diri dan masa ke atas gelagat pemanduan melebihi had laju di kalangan pemandu kereta di Kuala Lumpur. Sejumlah 250 orang responden telah diambil sebagai sampel melalui persampelan rawak mudah. Pengambilan data adalah melalui borang soal selidik, responden telah diminta menjawab sendiri borang soal selidik yang bertujuan untuk mengumpul data mengenai maklumat demografik, pola pemanduan, dan faktor-faktor menyumbang kepada gelagat pemanduan melebihi had laju. Faktor telah dibahagikan kepada tiga iaitu faktor pengaruh gelagat pemanduan keluarga, faktor diri dan faktor masa. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 10.0 Windows 2000 dan Ujian Korelasi Pearson digunakan bagi melihat perkaitan antara faktor gelagat pemanduan keluarga, diri dan masa terhadap pemanduan melebihi had laju. Selain itu statistik deskriptif digunakan dalam menganalisis data demografik dan pola kelajuan. Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara gaya pemanduan keluarga dengan gelagat pemanduan melebihi had laju (r=.299, o<0.01), faktor diri dan gelagat pemanduan melebihi had laju (r=.317, p<0.01) dan bagi faktor masa dengan gelagat pemanduan melebihi had laju (r=.270, p<0.01). Bagi hasil kajian pola gelagat pemanduan melebihi had laju, pola kelajuan di antara 110 km/jam hingga 130 km/jam merupakan pola kelajuan yang sering diamalkan oleh pemandu, iaitu seramai 56.6% responden bersetuju, 11.6% agak bersetuju dan 31.6% tidak bersetuju. Bagi pola kelajuan di antara 130 km/jam hingga 150 km/jam hanya 28.8% responden bersetuju sering mengamalkan pola kelajuan ini, 24.8% agak bersetuju dan 46.4% tidak bersetuju. Manakala bagi pola kelajuan 150 km/jam ke atas didapati paling kurang diamalkan iaitu hanya 16% responden bersetuju, 16.8% agak bersetuju dan 67.2% tidak bersetuju. Kajian yang lebih mendalam tentang gelagat pemanduan melebihi had laju perlu dijalankan memandangkan faktor kelajuan adalah antara faktor utama yang menyebabkan kemalangan maut. Selain itu penekanan harus diberikan kepada pendidikan keselamatan jalan raya baik secara formal atau tidak formal serta undang-undang had laju yang bersesuian bagi konteks Malaysia.
Physical Description:65 leaves : ill. ; 30cm.