Kepuasan perumahan dan persekitaran di kalangan remaja di Pangsapuri Bayu Perdana, Klang, Selangor /

Kajian ini dijalankan untuk menentukan faktor (sosio-ekonomi dan pendidikan, ciri-ciri perumahan dan persekitaran) yang menyumbang kepada kepuasan perumahan dan persekitaran di kalangan remaja yang tinggal di pangsapuri kos sederhana di Bayu Perdana, Klang, Selangor Darul Ehsan. Sebanyak 60 orang pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lim, Chian Koon.
Format: Thesis Book
Language:Malay
Published: 2007.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menentukan faktor (sosio-ekonomi dan pendidikan, ciri-ciri perumahan dan persekitaran) yang menyumbang kepada kepuasan perumahan dan persekitaran di kalangan remaja yang tinggal di pangsapuri kos sederhana di Bayu Perdana, Klang, Selangor Darul Ehsan. Sebanyak 60 orang pelajar yang berumur 15 hingga 17 tahun dan masih menuntut di sekolah menengah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Pengumpulan data dilakukan pada borang soal selidik secara temubual dengan responden. Pengukuran “Skala Likert” digunakan dalam meneliti tahap kepuasan perumahan dan persekitaran. Data dianalisis dengan menggunakan sistem “Statistical Package for the Social Science” (SPSS). Analisis yang digunakan adalah statistik deskriptif (frekuensi, peratusan dan purata) dan inferensi (ujian T dan ujian korelasi Pearson). Dua instrumen digunakan iaitu petikan dari kajian lepas Afezal (2001) untuk mengkaji kepuasan perumahan dan kajian lepas Margerat (2000) untuk mengkaji kepuasan persekitaran. Hasil kajian menunjukkan lebih daripada separuh isi rumah mempunyai jumlah pendapatan RM2,501 dan ke atas dan kebanyakan ibu bapa mempunyai tahap pendidikan sekolah menengah atas. Purata saiz isi rumah adalah 5 orang. Keputusan tentang corak penglibatan ibu bapa dalam aspek pendidikan menunjukkan lebih daripada satu pertiga ibu bapa tidak pernah menetapkan masa belajar dan aktiviti lain, menyemak buku sekolah dan melibatkan diri dengan aktiviti sekolah. Dari segi perumahan, aspek keselamatan mencapai tahap kepuasan yang paling rendah iaitu 48.3% responden yang tidak berpuas hati. Selain itu, lebih daripada separuh responden tidak selesa dengan perkongsian bilik dan mengharapkan empat buah bilik tidur di rumah menunjukkan keperluan privasi yang tinggi di kalangan remaja. Kajian tentang kepuasan persekitaran iaitu kemudahan yang disediakan menunjukkan 71.7% responden tidak puas hati dengan perpustakaan mini. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara jantina responden dengan kepuasan perumahan dan persekitaran. Juga tiada perkaitan signifikan antara umur responden dan saiz isi rumah dengan kepuasan perumahan dan persekitaran. Secara keseluruhan, kebanyakan responden berpuas hati dengan saiz ruang tamu, ketinggian tingkat rumah, pencahayaan dalam rumah dan kebanyakan kemudahan di persekitaran. Sebaliknya, aspek perumahan seperti saiz ruang makan, saiz dapur, bilangan bilik air, bilangan bilik tidur, ruang ampaian, bahan binaan rumah, keselesaan suhu dan terutamanya tahap keselamatan disebabkan kes penagihan dadah, patut diatasi. Aspek persekitaran seperti kemudahan perpustakaan yang mempunyai perkhidmatan yang terhad haruslah dititikberatkan. Beberapa aspek perumahan dan persekitaran haruslah diperbaiki oleh pihak berkenaan supaya kualiti kehidupan penghuni dapat dipertingkatkan.
Physical Description:66 leaves : ill. ; 30cm.