Penilaian Pelajar Terhadap Kompetensi Pemimpin Program Pendidikan Luar Di Institut Pendidikan Guru Malaysia
Pemimpin Program Pendidikan Luar perlu menguasai pelbagai kompetensi daripada tiga tunjang kemahiran yang digariskan oleh pengkaji dan pakar dalam bidang tersebut iaitu; Hard skills, Soft skills dan Conceptual skills. Kajian ini bertujuan menilai persepsi pelajar terhadap kompetensi penunjuk ajar ya...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English |
| Published: |
2007
|
| Online Access: | http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/1319/1/FPP_2007_23f.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pemimpin Program Pendidikan Luar perlu menguasai pelbagai kompetensi daripada tiga tunjang kemahiran yang digariskan oleh pengkaji dan pakar dalam bidang tersebut iaitu; Hard skills, Soft skills dan Conceptual skills. Kajian ini bertujuan menilai persepsi pelajar terhadap kompetensi penunjuk ajar yang mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Luar di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Berdasarkan kajian Miller (2002), lima kompetensi daripada tiga tunjang utama yang dinilai ialah Kompetensi Kepimpinan, Kompetensi Teknikal, Kompetensi Pengurusan Risiko, Kompetensi Keselamatan dan Pertolongan Cemas, dan Kompetensi Alam Sekitar. Penyelidikan ini menggunakan model penilaian Importance-Performance Analysis (IPA) yang dipelopori oleh Martilla dan James (1977), di mana responden dikehendaki menilai tahap kepentingan setiap ciri kompetensi yang disenaraikan, dan prestasi penunjukajar terhadap ciri-ciri kompetensi tersebut. Gabungan penilaian tahap kepentingan dan prestasi berdasarkan model IPA menentukan kekuatan dan kelemahan penunjuk ajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran program Pendidikan Luar.
Populasi kajian terdiri daripada 364 orang guru pelatih daripada lapan buah Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Instrumen soal-selidik yang digunakan dalam kajian ini diadaptasi dan dibentuk oleh penyelidik berpandukan kajian-kajian sebelumnya oleh Attarian (1995), Buell (1983), Miller (2002), dan Priest dan Gass (1997). Kesemua ciri kompetensi mempunyai nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach di antara 0.80 hingga 0.98. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan program SPSS-Windows versi 11.5. Statistik deskriptif iaitu, peratusan, min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan satu hingga sepuluh dan statistik inferensi iaitu, ujian MANCOVA digunakan bagi menjawab persoalan 11 dan 12.
Dapatan kajian berpandukan model penilaian IPA menunjukkan bahawa 74 (84.1%) ciri daripada lima kompetensi pemimpin Pendidikan Luar telah dinilai oleh responden sebagai kekuatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran program Pendidikan Luar. Sementara 15 (15.9%) ciri kompetensi pula dinilai sebagai kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran program Pendidikan Luar.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa faktor pengalaman peserta yang pernah mengikuti dan memimpin program Pendidikan Luar sebelumnya, sangat mempengaruhi penilaian yang dibuat terhadap prestasi penunjuk ajar.Faktor jantina dan latar belakang akademik pula, tidak mempengaruhi penilaian mereka terhadap kepentingan dan prestasi kesemua ciri kompetensi yang dicadangkan.
Kajian juga mendapati bahawa program Pendidikan Luar di Institut Pendidikan Guru Malaysia seharusnya diteruskan kerana terdapat lebih banyak kekuatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan kelemahan yang terdapat. Apa yang dicadangkan ialah peningkatan kualiti penunjukajar melalui kursus-kursus dalaman dan peningkatan profesionalisme. |
|---|
