Pelaksanaan latihan vokal oleh konduktor dan kesannya terhadap kualiti nyanyian dalam kalangan kumpulan koir di Semenanjung Malaysia
Kajian ini mendokumenkan pelaksanaan latihan vokal oleh konduktor kumpulan koir dan kesannya terhadap kualiti nyanyian dalam kalangan ahli koir di Semenanjung Malaysia. Untuk mengendalikan sesebuah kumpulan koir, penguasaan terhadap pedagogi koral memainkan peranan penting bagi mempersiapkan ahli...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English |
| Published: |
2018
|
| Online Access: | http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/13776/1/FEM%202018%2044%20T.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini mendokumenkan pelaksanaan latihan vokal oleh konduktor kumpulan koir
dan kesannya terhadap kualiti nyanyian dalam kalangan ahli koir di Semenanjung
Malaysia. Untuk mengendalikan sesebuah kumpulan koir, penguasaan terhadap
pedagogi koral memainkan peranan penting bagi mempersiapkan ahli kumpulan koir
ke arah persembahan yang bermutu. Di antara masalah yang dikenal pasti
menunjukkan tidak ramai pemuzik di Malaysia yang terlatih khusus dalam bidang
pimpinan koir. Selain itu, kajian ilmiah juga didapati kurang dijalankan di dalam
Negara berhubung dengan bidang seni muzik yang menjurus terhadap nyanyian.
Objektif kajian ini adalah bagi menganalisis pelaksanaan latihan vokal semasa sesi
pemanasan dan strategi latihan yang digunakan semasa sesi latihan repertoir oleh para
konduktor koir bagi mencapai kualiti nyanyian. Objektif kajian juga adalah untuk
menilai kesan yang mempengaruhi ahli koir mengikut pelaksanaan latihan vokal
sewaktu sesi pemanasan dan semasa sesi latihan repertoir yang dijalankan. Peserta
kajian terdiri daripada empat orang konduktor koir berserta ahli kumpulan koir
masing-masing. Persampelan bertujuan ini disasarkan kepada kumpulan koir yang
berprestij dari sekitar Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk
kajian kes dengan kaedah kualitatif. Data bagi kajian ini diperoleh melalui tiga
instrumen iaitu temu bual, perbincangan kumpulan fokus (FGD), dan pemerhatian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan latihan yang diamalkan untuk
mencapai kualiti nyanyian yang baik adalah melalui strategi latihan yang disertakan
dengan pelbagai contoh berbentuk kontekstual daripada setiap konduktor koir.
Pendekatan yang digunakan oleh para konduktor dalam setiap sesi latihan telah mempengaruhi tahap kesedaran dan kefahaman bagi ahli koir berkaitan teknik vokal
dan konsep muzik. Latar belakang ahli kumpulan koir termasuk genre lagu dan tema
bagi setiap persembahan turut diambil kira oleh para konduktor bagi memberi impak
terhadap pelaksanaan latihan yang dijalankan. Kerjasama dua hala antara konduktor
dan ahli koir turut mewujudkan pembelajaran kondusif yang berperanan melonjakkan
hasil persembahan nyanyian bagi setiap kumpulan yang dikaji. Hasil kajian ini dapat
memberi manfaat serta panduan yang berguna kepada generasi masa depan yang
berminat memahami secara mendalam berkaitan pedagogi koral sebagai persiapan
mengendalikan aktiviti nyanyian koir. |
|---|
