Elemen balaghah melalui pemaparan sifat bakhil dalam karya Al-Bukhal Ā’ oleh Al-J Āḥi Ẓ
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai unsur balaghah yang terdapat dalam karya al-Bukhalā’ oleh al-Jāhiẓ . Penelitian awal mendapati kajian terhadap sifat bakhil dalam karya al-Jāhiẓ kurang mendapat perhatian dalam kajian sastera. Kebanyakan kajian sastera lebih tertumpu melihat ele...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English |
| Published: |
2018
|
| Online Access: | http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/14280/1/FBMK%202019%2033%20T.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai unsur balaghah yang terdapat
dalam karya al-Bukhalā’ oleh al-Jāhiẓ . Penelitian awal mendapati kajian terhadap
sifat bakhil dalam karya al-Jāhiẓ kurang mendapat perhatian dalam kajian sastera.
Kebanyakan kajian sastera lebih tertumpu melihat elemen falsafah dan nilai
kemasyarakatan yang cuba ditampilkan oleh al-JāhiẒ di dalam karya al-Bukhalā’.
Manakala Kebanyakan pengkaji sastera Arab lebih cenderung meninjau unsur retorik
yang terdapat dalam al-Quran al-Karim mahupun Hadith Rasulullah S.A.W. Bahkan,
sebahagian pengkaji berpandangan bahawa unsur seni balaghah yang terdapat dalam
prosa syair adalah lebih indah berbanding dalam bentuk prosa sastera. Maka, tidak
hairanlah apabila terdapat pandangan yang berbeza dalam menilai unsur retorik dalam
karya sastera berbentuk prosa. Justeru, kajian ini tampil mengisi kekurangan tersebut
dan berhasrat menonjolkan aspek retorik yang terdapat dalam karya al-Bukhalā’ oleh
al-Jāhiẓ. Namun begitu tidak semua elemen retorik yang dikeluarkan. Pengkaji hanya
memilih elemen retorik yang terpapar sifat bakhil sahaja untuk dianalisis dan
diberikan huraian. Bagi memenuhi keperluan tersebut, kajian ini telah menggariskan
dua objektif utama iaitu; 1) Mengenal pasti elemen Balaghah melalui pemapan sifat
bakhil dan menghuraikan jenisnya dalam karya al-Bukhalā’ oleh al-Jāhiẓ. 2)
Menganalisis penggunaan elemen al-Balaghah dalam pemaparan sifat bakhil dalam
karya al-Bukhalā’ oleh al-Jāhiẓ. Sebanyak dua puluh cerita yang ditulis oleh al-Jahiz
dikumpulkan sebagai data kajian. Data kajian tersebut dikumpul dari kitab al-
Bukhalā’ oleh al-Jāhiẓ sendiri. Kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
melaksanakan kajian ialah kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Manakala,
Pendekatan balaghah oleh al-Qazwini dipilih sebagai kerangka asas kajian untuk
tujuan menganalisis teks. Dua puluh cerita al-Bukhalā’ dianalisis berdasarkan tiga
elemen balaghah yang dikemukakan oleh al-Qazwini iaitu: Ma‘āni (disiplin ilmu yang
mengkaji cara penyampaian sesuatu mesej sesuai dengan muqtadha al-Hal (keadaan
pendengar), Bayān (disiplin ilmu yang membincangkan bagaimana sesuatu makna
dapat disampaikan dalam pelbagai bentuk lafaz di samping memiliki kejelasan makna di dalamnya) dan Badi‘(gaya bahasa yang berperanan untuk mengetahui cara
memperindah dan mencantikkan kata-kata). Hasil kajian menunjukkan bahawa karya
al-Bukhalā’ oleh al-Jāhiẓ mempunyai elemen retorik yang meningkatkan keindahan
sastera itu sendiri. Keindahan nilai sastera di dalam karya al-Bukhalā’ ini dibuktikan
dengan penggunaan gaya bahasa retorik yang mudah, ringkas dan jauh daripada unsur
al-Takalluf wa al-Tasannu‘. Hasil kajian ini juga membuktikan bahawa unsur-unsur
seni balaghah yang terdapat dalam karya al-Bukhalā’ memiliki peranan yang
signifikan di dalam memberikan kesan kepada pembaca. |
|---|
