Ramalan kandungan oksigen terlarut terhadap aktiviti guna tanah menggunakan analisis siri masa di Sungai Langat, Hulu Langat, Selangor [Malaysia]

Kajian ini menumpu data oksigen terlarut (DO) Sungai Langat pada sepuluh tahun yang lepas, iaitu bermula dari tahun 1988 sehingga 1997. Data untuk sepuluh tahun ini digunakan untuk mendapatkan model ramalan terbaik menggunakan analisis siri masa (Model ARIMA)manakala data tahun kesebelas, iaitu data...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hafizan Juahir, Sharifuddin M. Zain, Zainol Mustafa, A. Khamis
Format: Proceedings Paper
Language:other
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2015
Subjects:
Online Access:http://agris.upm.edu.my:8080/dspace/handle/0/10048
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menumpu data oksigen terlarut (DO) Sungai Langat pada sepuluh tahun yang lepas, iaitu bermula dari tahun 1988 sehingga 1997. Data untuk sepuluh tahun ini digunakan untuk mendapatkan model ramalan terbaik menggunakan analisis siri masa (Model ARIMA)manakala data tahun kesebelas, iaitu data tahun 1998 digunakan sebagai data ujian kebaikan padanan ke atas model. Data ini dicerap pada stesen persampelan yang digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia di Sungai Langat, Selangor. Hasil kajian mendapati berlaku penurunan kepekatan DO yang agak seragam dari tahun 1988 sehingga 1997, iaitu berlaku peningkatan pencemaran ke atas air sungai di Sungai Langat yang boleh dikaitkan dengan peningkatan guna tanah akibat peningkatan pembangunan prasarana dan populasi di kawasan tersebut. Kajian cuba memaparkan kepentingan dan kegunaan analisis siri masa, ARIMA dalam meramal DO untuk perancangan masa hadapan demi pemuliharaan alam sekitar di stesen kajian.