Pendekatan 'co-management' di dalam pengurusan sumber semulajadi di Sarawak, kajian kes: pengurusan ikan oleh kaum Berawan di Taman Negara Loagan Bunut.

Kesedaran masyarakat Berawan Rumah Panjang Kajan Sigeh bagi mengurus sumber ikan secara berkekalan telah mendorong komuniti ini mewujudkan Peraturan Menangkap Ikan Rumah Kajan Sigeh yang mempunyai sebelas perkara pada tahun 1969. Walau bagaimanapun, peraturan berkenaan telah diabaikan sejak 1980an y...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Alex, S., Sapuan, A., Abang Arabi, A.A., Sem, P., Jack, L.
格式: Proceedings Paper
語言:other
出版: Forestry Department Peninsular Malaysia 2014
主題:
在線閱讀:http://agris.upm.edu.my:8080/dspace/handle/0/7254
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kesedaran masyarakat Berawan Rumah Panjang Kajan Sigeh bagi mengurus sumber ikan secara berkekalan telah mendorong komuniti ini mewujudkan Peraturan Menangkap Ikan Rumah Kajan Sigeh yang mempunyai sebelas perkara pada tahun 1969. Walau bagaimanapun, peraturan berkenaan telah diabaikan sejak 1980an yang telah menyebabkan penurunan populasi ikan sebanyak 55% berbanding 1960an. Hak istimewa masyrakat ini juga terus diiktiraf setelah Loagan Bunut diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1990. Bagi mengurangkan tekanan secara berterusan dan berusaha ke arah memulihara populasi ikan di Loagan, Projek Hutan Paya Gambut (Sarawak) biayaan UNDP/GEF pada tahun 2005 telah mengambil beberapa inisiatif menggalak penggunaan semula peraturan menangkap ikan tradisional dengan mengadaptasi beberapa pindaan seta tambahan perkara di dalam peraturan berkenaan mengikut keperluan semasa. Kertas kerja ini menerangkan proses berperingkat yang telah diambil bermula dengan memberi kesedaran berkaitan (i) `System`: kepentingan serta latarbelakang pengurusan sumber ikan(ii) stress: isu serta ancaman yang dihadapi(iii) `sources of stress`: punca-punca permasalahan serta isudan (iv) `strategy`: Strategi yang boleh diambil bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti sehinggalah kepada peenrimaan Peraturan Berawan Loagan Bunut Menangkap Ikan, 2006 yang telah dilancarkan pada 3 Februari 2007. bagi tujuan mengurus, memantau, menguatkuasa serta sebagai agensi penghubung di anatara pihak pengurusan taman Sarawak Forestry Corporation (SCF) dan komuniti, Jawatankuasa Pengurusan Ikan Loagan Bunut (JPILB) yang bernaung di bawah payung Loagan Bunut Special Park Committee telah ditubuhkan.