Persepsi guru terhadap perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam kalangan guru tahun 1 zon Keramat
Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan kemajuan teknologi dan pembangunan sesebuah negara. Transformasi pendidikan di Malaysia seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berlaku adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek, emosi d...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
2012
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31569/1/31569.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan kemajuan teknologi dan pembangunan sesebuah negara. Transformasi pendidikan di Malaysia seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berlaku adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti pelaksanaan KSSR dalam kalangan guru Sekolah Kebangsaan di Zon Keramat. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan di sekitar Zon Keramat. seramai 201 orang guru Tahun 1 yang terlibat dengan program KSSR telah dipilih secara rawak daripada 21 buah sekolah Kebangsaan yang terdapat di Zon Keramat. Pengukuran bagi persepsi guru terhadap perlaksanaan KSSR pmerangkumi aspek kemahiran pengajaran, hubungan dalam bilik darjah, pengetahuan asas KSSR dan penerimaan inovasi dalam KSSR. Min keseluruhan pelaksanaan KSSR guru adalah tinggi dengan min adalah
3.82 (SP =0.342). Begitu juga min keseluruhan bagi setiap dimensi menunjukkan bahawa dari aspek penerimaan inovasi dalam KSSR mencatat min paling tinggi (Min=4.11; SP= 0.406) diikuti dengan, aspek hubungan dalam bilik darjah (Min=4.01; SP=0.452), aspek pengetahuan asas KSSR (Min= 3.80; SP= 0.575) dan aspek kemahiran pengajaran (Min=3.17; SP= 0.433). |
|---|
