Penglibatan ibu bapa dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti di Kedah, Malaysia

Tesis ini memberi fokus kepada penglibatan ibu bapa dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Negeri Kedah. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa dalam PDK. Objektif khusus kajian adalah untuk menghuraikan latar belakang keluarga yang menghantar anak...

Full beskrivning

Sparad:
Bibliografiska uppgifter
Huvudupphovsman: Ahmad, Suhaiza
Materialtyp: Lärdomsprov
Språk:English
Publicerad: 2013
Ämnen:
Länkar:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48709/1/FEM%202013%2028R.pdf
Taggar: Lägg till en tagg
Inga taggar, Lägg till första taggen!
Beskrivning
Sammanfattning:Tesis ini memberi fokus kepada penglibatan ibu bapa dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Negeri Kedah. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa dalam PDK. Objektif khusus kajian adalah untuk menghuraikan latar belakang keluarga yang menghantar anak ke PDK; mengenalpasti persepsi ibu bapa terhadap program PDK; mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa dalam perancangan,pelaksanaan, perkongsian manfaat dan penilaian program PDK; mengenalpasti faktor pendorong penglibatan ibu bapa dalam program PDK; menentukan perkaitan di antara latar belakang, faktor pendorong dan persepsi dengan penglibatan ibu bapa dalam program PDK; dan menentukan prediktor penglibatan ibu bapa dalam program PDK. Seramai 295 responden telah dipilih melalui teknik persampelan rawak berlapis. Kaedah survei telah digunakan dalam kajian ini dan borang soal selidik telah digunakan sebagai alat untuk mengutip data. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science) versi 13.0. Ujian Korelasi Pearson dan Multiple Regression Analysis digunakan untuk menentukan hubungan antara variabel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam Program PDK adalah di tahap rendah. Manakala persepsi ibu bapa terhadap Program PDK dan Staf PDK juga rendah. Kajian juga mendapati faktor pendorong penglibatan ibu bapa berada pada tahap yang rendah. Analisis data menunjukkan ada hubungan yang signifikan di antara persepsi dan faktor pendorong dengan tahap penglibatan ibu bapa. Dapatan kajian menunjukkan persepsi ibu bapa sebagai penyumbang utama kepada penglibatan dalam PDK.