Penternakan udang galah secara insentif

Udang galah merupakan sejenis udang air tawar yang empunyai prospek yang cerah untuk diusahakan secara besar-besaran. Selain mudah dipelihara, udang galah juga tahan terhadap serangan serangga dan ancaman penyakit. Udang galah sesuai dijadikan bahan eksport utama kerana mempunyai ukuran tubuh yang b...

Täydet tiedot

Tallennettuna:
Bibliografiset tiedot
Päätekijä: Abdul Latif
Aineistotyyppi: Kirja
Kieli:other
Julkaistu: Synergy Media Books 2015
Aiheet:
MUE
Linkit:http://agris.upm.edu.my:8080/dspace/handle/0/8587
Tagit: Lisää tagi
Ei tageja, Lisää ensimmäinen tagi!
Kuvaus
Yhteenveto:Udang galah merupakan sejenis udang air tawar yang empunyai prospek yang cerah untuk diusahakan secara besar-besaran. Selain mudah dipelihara, udang galah juga tahan terhadap serangan serangga dan ancaman penyakit. Udang galah sesuai dijadikan bahan eksport utama kerana mempunyai ukuran tubuh yang besar dan rasa dagingnya yang sedap seakan-akan rasa lobster. Oleh itu, di pasaran eksport, udang galah lebih dikenali sebagai baby lobster. Udang galah mula diternak secara besar-besaran di beberapa kawasan setelah mengalami pengurangan tangkapan yang drastik untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Ini berikutan permintaan yang tinggi di dalam industri pemakanan di dalam negara seperti mememnuhi permintaan restoran makanan laut (seafood restaurant) dan hotel-hotel bertaraf lima bintang. Industri penternakan udang galah ini mengalami penurunan disebabkan kekurangan maklumat terkini tentang teknik pemeliharaan dan penghasilan udang galah yang bermutu tinggi. Namun, setelah udang galah jenis GIMacro mula diperkenalkan pada tahun 2001, usaha penternakannya mulai berkembang malah ramai penternak baru mula menceburi bidang ini. Usaha penternakan udang galah ini menarik perhatian bukan sahaja kepada para penternak malah para pelabur kerana ia mudah diternak dengan baik di dalam air tawar. Malah, semakin ramai penternak yang berjaya menghasilkan produk udang yang bermutu di kawasan sawah biasa atau sawah tambak yang menggunakan teknik monokultur dan polikultur. Ini bermakna, para pelabur tidak perlu mengeluarkan modal yang tinggi untuk meneroka hutan paya bakau sehingga boleh merosakkan persekitarannya, seperti yang dilakukan dalam penternakan udang harimau. Jika usaha ini dilaksanakan secara serius, ia berpeluang memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada para penternak dan juga pelabur. Buku ini cuba menerapkan segala aspek penternakan udang galah, baik udang galah tempatan mahupun udang galah super. Antaranya, peluang pasaran, kunci kejayaan penternakan, pengenalan kepada komoditi dan teknik pemeliharaan udang galah secara monokultur dan polikultur di dalam pelbagai media penternakan.